Permohonan GKP 2.0 Geran Khas PRIHATIN Dan Semakan GKP RM3,000 Untuk PKS

Berikutan dengan penularan wabak COVID-19, ianya membuatkan kebanyakkan Perusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia terpaksa menutup sebentar perniagaan mereka bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19. Dengan penutupan sementara ini, ekonomi masyarakat dan juga negara akan terjejas. Berikutan dengan itu, kerajaan telah menyediakan Geran Khas Prihatin GKP untuk golongan PKS yang boleh dimohon secara online.

Permohonan BPN 2.0 Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

GKP ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April 2020 lepas. Pemberian Geran Khas Prihatin iaitu pembayaran berjumlah RM3,000 akan dikreditkan secara one-off atau sekali bayaran kepada PKS mikro di Malaysia. Geran ini adalah berbeza dengan pinjaman kerana anda tidak perlu membayar kembali geran atau dana tersebut kerana ianya bukan pembiyaan.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP 2.0) Bantuan PKS RM3,000

Geran Khas PRIHATIN 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan. Berikut merupakan cara memohon GKP 2.0 dan cara membuat semakan status permohonan GKP 2.0 secara online beserta maklumat lain berkaitan.

Jumlah Bayaran GKP 2.0

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro akan mendapat bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000.

Syarat Kelayakan GKP 2.0

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk GKP 2.0:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon perlulah berstatus warganegara Malaysia.
  3. Pemohon adalah mereka yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dimana jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang iaitu tidak termasuk pemilik.
  4. Mestilah berdaftar dengan agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.*
  5. Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

*Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN 2.0 dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0)

Tarikh memohon Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) dibuka bermula 1 Oktober 2020 dan tamat pada 31 Oktober 2020.

Borang Permohonan GKP Online

Permohonan boleh dilakukan secara dalam online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM iaitu Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP). Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Semakan GKP Keputusan Geran Khas Prihatin 2.0

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan keputusan permohonan mulaiĀ 15 November 2020 di Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0

Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 akan dibuat dijangka mulaiĀ 25 November 2020. Kaedah pembayaran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak (akaun bank mestilah aktif).

Leave a Comment