Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai gusi bengkak seperti punca gusi bengkak dan bernanah. Cara merawat gusi bengkak dan cara hilangkan gusi bengkak sewaktu tempoh gusi bengkak disediakan.
Bagi anda yang tertanya-tanya berapa lama gusi bengkak sembuh, di sini ada jawapannya.
Artikel berkaitan: Senarai Kelebihan Susu Kambing (Khasiat & Kebaikan)
Gusi Bengkak
Berikut adalah beberapa info mengenai gusi bengkak untuk maklumat anda.
Punca Gusi Bengkak
Berikut adalah punca gusi bengkak atau penyebab gusi bengkak.
Gingivitis atau Radang Gusi Punca Gusi Bengkak
Gingivitis atau radang gusi merupakan faktor utama gusi bengkak dan bernanah atau berdarah. Ini berlaku apabila gusi mudah menjadi merah, bengkak dan berdarah. Tanda-tanda berlakunya Gingivitis ialah apabila jaringan gusi terlihat bengkak dan menjadi merah yang ketara iaitu merah yang lebih tua daripada bahagian gusi yang lain.
Ketika memberus gigi, bahagian gusi berkenaan mudah berdarah. Gusi juga akan turut berdenyut dan sakit yang kuat. Mulut pula akan berasa tidak selesa dan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Pembentukan nanah akan berlaku di bahagian antara gusi dan gigi.
Gingivitis harus dirawat secepat mungkin atau boleh menyebabkan berlakunya Periodontitis. Periodontitis boleh mengakibatkan gusi tertarik menjauhi bahagian leher gigi dan menyediakan ruangan pembentukan poket yang boleh dijangkiti. Penghasilan toksin oleh bakteria seterusnya akan memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang penting sebagai tapak pemegang gigi.
Perubahan Hormon Wanita Mengandung atau Hamil
Wanita mengandung atau hamil mudah terdedah dengan perubahan hormon yang tidak menentu. Hormon ini penting kerana ianya adalah punca segala-galanya. Ini merupakan salah satu sebab kenapa gusi bengkak semasa mengandung.
Hormon-hormon yang terhasil pula boleh menyebabkan pengaliran darah ke gusi meningkat, di mana peningkatan yang ketara ini secara amnya akan mengakibatkan gusi berasa tidak selesa dan seterusnya membeng
Kurang Vitamin C Dan Vitamin K
Pengambilan Vitamin C dan K yang rendah merupakan pengaruh yang agak penting kepada sistem imunisasi dan daya tahan kita secara keseluruhannya. Jika anda kekurangan vitamin-vitamin ini, anda boleh perasan kepada pendarahan pada gigi dan gusi apabila memberus gigi.
Kurang Asid Folik
Asik folik sangat popular di kalangan ibu hamil atau mengandung. Biasanya, jika ibu mengandung yang malas makan asid folik, darahnya rendah. Ini akan memaksa si ibu tadi untuk minum air gula. Kandungan asid folik rendah juga boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko gusi bengkak dan berdarah.
Malas Berus Gigi
Kepada yang malas memberus gigi, anda juga terdedah mendapat bengkak gusi kerana ianya boleh menyubang kepada faktor gusi bengkak dan berdarah. Ianya amat penting untuk adanya rutin memberus gigi amatlah digalakkan kerana seseorang itu mampu menjamin kesihatan dan kebersihan mulutnya dengan membersihkan gigi secara teratur dan konsisten.
Cara Merawat Gusi Bengkak
Jika anda menghadapi masalah gusi bengkak, penting untuk anda segera rujuk kepada doktor gigi sebagai cara hilangkan gusi bengkak. Amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor sekali pada setiap 6 bulan supaya penyakit dapat dikesan pada tahap awal.
Sumber: Therohani