Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan tips hidung mancung atau cara dapatkan hidung tinggi dengan mudah.
Artikel lain: Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu
Hidung Tinggi
Berikut adalah tips hidung mancung yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Hello Doktor.
Tips hidung mancung, bagaimana caranya?
Jangan terkejut jika kami kata ada individu yang mempercayai dan mengamalkan senaman untuk memancungkan hidung mereka sendiri.
Senaman yang dikenali sebagai ‘yoga hidung’ ini dilakukan dengan cara mencubit dan mengurut bahagian muncung hidung secara perlahan.
Kononnya, ia bertujuan untuk membuat hidung menjadi mancung jika senaman ini dilakukan secara berkala. Benarkah?
Jawapannya adalah tidak kerana sehingga kini masih belum wujud sebarang bukti saintifik yang mengatakan bahawa senaman hidung mancung ini boleh mendatangkan sebarang kesan.
Ini kerana saiz, bentuk atau proposisi hidung ditentukan oleh bentuk tulang rawan yang terdapat di dalam hidung.
Senaman ini pula hanya dilakukan pada bahagian tisu hidung yang tidak langsung akan terkesan dengannya.
Sekiranya anda melakukan senaman hidung mancung dan berasakan ia berkesan, maka ia mungkin hanyalah sekadar kesan plasebo semata-mata.
Apa cara betul untuk memperbaikinya?
Jika anda masih tidak boleh menerima ketentuan keadaan hidung anda sendiri, ada beberapa cara yang mungkin boleh dilakukan termasuklah:
Pembedahan plastik
Pembedahan plastik pada hidung boleh dilakukan dan terdapat dua kaedah utama yakni; rhinoplasty dan septoplasty.
Kami mungkin tidak akan menyarankan anda melakukannya jika hanya sekadar untuk tujuan kosmetik kerana wujud lagi cara yang lain.
Namun ia mungkin adalah keputusan yang baik jika tujuannya adalah untuk memperbaiki kecacatan sejak lahir.
Buat anda yang beragama Islam khususnya, fikirkan semula sebelum ambil keputusan ini ya?
Suntikan dermal
Prosedur ini akan dilakukan dengan cara menyuntik hyaluronic acid atau calcium hydroxylapatite ke dalam hidung oleh doktor.
Kesannya, ia akan membuat hidung tampak lebih kurus dan lurus dalam masa yang agak panjang selepas beberapa kali prosedur.
Namun kalian juga perlu tahu bahawa ia tidak akan kekal selamanya dan mungkin hanya akan mampu bertahan selama kira-kira 6 bulan sahaja.
Solekan hidung
Akhir sekali, solekan boleh dilakukan untuk membuat satu ilusi di mana hidung kalian tampak lebih mancung.
Caranya adalah dengan menggunakan bronzer untuk menggariskan bahagian sisi hidung anda dengan tona yang lebih gelap daripada kulit.
Kemudian, perhaluskan bahagian tengah hidung anda dengan menggunakan matte highlighter bagi membuat ia lebih menyerlah.
Akhir sekali, manipulasikan bayang menggunakan beauty blender untuk membuat hidung kelihatan sedikit mancung berbanding sebelumnya.
Anda mahu melakukan senaman hidung mancung?
Melalui artikel ini, maka persoalan di mana adakah senaman untuk buat hidung mancung ini sudah pun terjawab, dan jawapannya adalah ia tidak berkesan.
Sekiranya anda masih mahu untuk mengubah keadaan hidung anda, maka mungkin boleh cuba 3 alternatif lain yang kami senaraikan di atas tadi.
Namun kami akan nyatakan sekali lagi di mana individu yang beragama Islam adalah haram hukumnya untuk melakukan pembedahan plastik.
Keputusan terletak di tangan anda, maka fikirkan sebelum buat okay!
Sumber: Hello Doktor