Contoh Menu Diet Atkins

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai contoh diet atkins menu atau atkins diet menu serta diet atkin seminggu. Resipi diet atkins turut disediakan bagi yang berminat.

Artikel berkaitan: Senarai Contoh Makanan Karbohidrat Yang Perlu Anda Tahu

Diet Atkins

Berikut adalah maklumat mengenai contoh menu diet atkins.

Menu Diet Atkins

Berikut adalah panduan menu diet atkins yang dikongsikan oleh Hello Doktor.

Jenis Makanan Yang Dilarang Untuk Diet Atkins

Diet Atkins tidak menyarankan pengambilan sumber karbohidrat sebagai salah satu jenis makanan yang boleh dimakan.

Antara jenis makanan yang dilarang semasa anda mengamalkan diet ini ialah:

  1. Segala jenis nasi, bijirin, oat, mi, roti dan juga spaghetti.
  2. Segala jenis buah-buahan atau jus buah-buahan kerana buah-buahan juga mengandungi kandungan gula di dalamnya.
  3. Makanan yang diproses atau makanan segera.
  4. Segala jenis gula tidak kira sama ada ia adalah gula pasir atau gula perang.
  5. Sebarang jenis sos kerana sos juga mengandungi gula dan garam yang tinggi.
  6. Produk makanan yang berasaskan tepung seperti roti, kuih-muih, pastri, biskut atau kek.
  7. Segala jenis kekacang.
  8. Sayur-sayuran yang berkanji atau tinggi kandungan karbohidrat. Antara contohnya adalah seperti kentang, kacang, jagung dan lobak merah.

Contoh Menu Diet Atkins: Menu Diet Atkin Seminggu

Untuk memudahkan anda mengamalkan diet ini, kami berikan resepi cadangan atau contoh menu diet Atkins serta menu diet atkins untuk seminggu.

Anda boleh menggunakan panduan ini bagi merancang menu diet Atkins untuk seminggu.

Contoh menu diet Atkins: Hari pertama

  • Sarapan: Telur oreng hancur bersama hirisan ayam
  • Makan tengah hari: Ayam goreng kunyit
  • Minum petang/ snek: Tomato ceri
  • Makan malam: Ikan bakar bersama air asam

Contoh menu diet Atkins: Hari kedua

  • Sarapan: Telur rebus yang dilenyek bersama mayones
  • Makan tengah hari: Ikan singgang
  • Minum petang/ snek: Tauhu bakar
  • Makan malam: Udang goreng

Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari ketiga

  • Sarapan: Telur separuh masak
  • Makan tengah hari: Asam rebus ikan
  • Minum petang/ snek: Potongan timun bersama yogurt
  • Makan malam: Sup daging

Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari keempat

  • Sarapan: Ayam kukus bersama brokoli
  • Makan tengah hari: Sup ikan bersama brokoli
  • Minum petang/ snek: Salsa buah tomato
  • Makan malam: Ayam panggang

Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari kelima

  • Sarapan: Sup telur
  • Makan tengah hari: Ayam panggang
  • Minum petang/snek: Ayam goreng
  • Makan malam: Daging panggang

Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari keenam

  • Sarapan: Telur goreng mata
  • Makan tengah hari: Udang dengan sos mentega
  • Minum petang/ snek: Jejari ikan
  • Makan malam: Sup ayam

Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari ketujuh

  • Sarapan: Potongan ayam panggang
  • Makan tengah hari: Tomyam ayam
  • Minum petang/ snek: Ikan panggang
  • Makan malam: Telur rebus bersama mayones

Sumber: Hello Doktor