in

Jenis Alat Pemadam Api Yang Perlu Anda Tahu

jenis alat pemadam api

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis jenis alat pemadam api dan kegunaannya yang perlu anda tahu.

Artikel menarik lain: Jenis Lesen Memandu Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Jenis Alat Pemadam Api

Berikut adalah jenis jenis alat pemadam api yang diambil dari laman Aito.

Jenis Jenis Alat Pemadam Api

Dry Powder : Serbuk Kering

Serbuk kering ini bertindak melemaskan api dengan menutup permukaan punca kebakaran dan memutuskan kitaran hayat api iaitu haba, bahan api dan oksigen.

Karbon Dioksida : Carbon Dioxide

Karbon dioksida merupakan sejenis gas yang bersih dan bersifat berlawanan dengan kitaran hayat api iaitu oksigen. Ianya amat sesuai digunakan bagi kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik.

Buih : Foam

Jenis foam atau buih ini biasanya digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair). Selalunya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.

Air : Water (H2O)

Biasanya digunakan bagi kebarakan jenis api pepejal seperti kebakaran kayu, kertas, kain atau sampah. Amat berbahaya digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ianya konduktor elektrik yang sangat baik.

Metal Powder

Digunakan bagi memadam kebakaran logam seperti Potaosium, Sodium, Kalsium dan Magnesium.

Jenis Kelas Api

Berikut adalah kelas api yang perlu anda tahu.

KELAS “A”

Kelas api “A” dapat memadamkan api pepejal seperti api kayu, api kertas, api sampah dan api kain. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api jenis A adalah air dan debu kering.

KELAS “B”

Kelas api “B” dapat memadamkan api cecair seperti api minyak, api cat dan api varnish. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas B adalah buih, debu kering dan vaporising liquid.

KELAS “C”

Kelas api “C” dapat memadamkan api wap dan gas seperti butana, propane, oxy acetalane dan gas (LPG). Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas C adalah debu kering, karbon dioksida (Co2) & vaporising liquid.

KELAS “D”

Kelas api “D” dapat memadamkan api logam seperti Potasium, Sodium, Kalsium dan Magnesium. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas D adalah soda ash (sodium carbonate), pasir, debu kering dan metal powder.

Api Elektrik

Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelas-kelas api. Boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai seperti debu kering, karbon dioksida & varpourising liquid.

Cara Guna Alat Pemadam Api Guna Teknik Pass

Berikut adalah cara menggunakan alat pemadam api:

cara guna alat pemadam api

PULL : TARIK – Tarik picu pin

AIM : HALA – Hala ke arah api

SQUEEZE : SEMBUR – Sembur alat pemadam api

SWEEP : LAYANG – Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan agar api segera padam.

Jenis Jenis Alat Pemadam Api Mengikut Warna Pelekat

jenis jenis alat pemadam api

Sumber: Aito