Jenis Burung Di Malaysia Yang Wujud & Popular

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis burung di malaysia yang popular dan wujud sejak zaman dahulu lagi. Ada yang hidup di Malaysia sepanjang tahun dan ada yang hidup secara berpindah randah.

Artikel menarik lain: Senarai Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan

Jenis Burung

Berikut adalah jenis burung popular di Malaysia.

Burung Gelam

burung gelam

Burung gelam ini biasa boleh dilihat di kawasan sawah padi, paya dan kawasan tanah lembap. Bulunya berwarna coklat dan terdapat corak pada badannya.

Fungsi corak tersebut untuk membantu burung ini menyamar sehingga sukar dilihat di habitatnya.

Burung Bangau Besar

burung bangau besar

Burung bangau besar ini biasanya mempunyai bulu putih di seluruh badannya dan saiznya mencecah 82 cm.

Warna kaki pada burung ini adalah berbeza-beza tetapi biasanya kaki mereka berwarna hitam. Paruh burung ini berwarna kuning dan akan bertukar menjadi warna hitam apabila musim mengawan.

Burung Tekukur

burung tekukur

Burung jenis ini biasanya dijadikan burung peliharaan dan mudah dijumpai di kawasan ladang, kawasan tanaman, padang dan di sekitar kampung.

Burung Raja Udang

burung raja udang

Burung jenis ini adalah burung yang berwarna biru dengan paruh yang panjang sesuai untuk menangkap ikan. Buring ini berbunyi bising dan mudah dikenali. Sarang burung ini selalu ditemui pada tebing sungai yang curam.

Burung Helang Laut

burung helang laut

Buring helang ini mendiami kawasan pantai dan biasanya makan haiwan seperti tikus, ular dan sebagainya. Saiznya sekitar 90 cm, berwarna putih dan mempunyai sayap warna hitam.

Burung Pipit Padi

burung pipit padi

Burung jenis ini hidup dalam berkumpulan dan suka membantu antara satu sama lain. Sarang buring ini diperbuat daripada rumput kering atau daun-daun kering di tempat yang berlubang.

Burung Tempua

burung tempua

Burung ini mempunyai kelebihan dari segi tenunan sarangnya dimana ianya diperbuat daripada rumput dan ditenun dengan halus dan berbentuk seperti kon yang tergantung. Sarang mereka biasanya terletak di tempat sangat tinggi.

Burung Murai Batu

burung murai batu

Burung jenis ini mempunyai siulan yang amat merdu dan harganya amat mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit. Burung ini adalah burung dilindungi oleh pihak perhutanan dan memerlukan lesen jika ingin dipelihara.

Burung Layang-Layang Batu

burung layang-layang batu

Burung ini turut dikenali sebagai burung Sualo Batu dan ditemui di seluruh Malaysia. Burung ini bertelur diantara bulan Mac hingga Jun. Sarangnya diperbuat dari rumput, bulu burung dan campuran lumpur.

Burung Merak

burung merak

Burung merak ini mempunyai ekor yang apabila mengembang akan kelihatan seperti raja segala burung. Burung ini biasa hidup di kawasan hutan dan agak sukar untuk ditemui.

Burung Hantu

burung hantu

Burung jenis ini biasanya memakan ular, tikus, serangga dan haiwan kecil. Buring ini hanya aktif mencari makanan pada waktu malam dan akan tidur pada waktu siang. Burung ini tinggal di kawasan ladang getah, ladang sawit dan sawah padi.

Burung Merpati

burung merpati

Burung dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan sangat jinak. Dagingnya juga rasa sedap.

Burung Merbah Kapur

burung merbah kapur

Burung merbah agak popular dan biasa ditemui di kawasan kampung dan hutan. Ia membiak pada bulan Februari dan Jun dan memakan buah-buahan dan serangga.

Burung Murai Kampung

burung murai kampung

Burung murai biasanya berwarna hitam dan putih dan sering terdapat dalam semak dan pokok berdekatan kebun di seluruh negara.

Burung Pucong Malam

burung pucong malam

Burung ini merupakan jenis burung nocturnal yang memburu makanan di tasik dan sungai Burung ini dikenali sebagai nama burung Pucong Kuak dan amat terkenal di kawasan tasik.

Sumber: https://bidadari.my/jenis-burung/