Senarai Jenis Ketam Yang Mak-Mak Perlu Tahu

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan jenis ketam yang boleh dimakan di Malaysia yang anda sebagai ibu-ibu di luar sana perlu tahu.

Tips lain: Senarai Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan & Beracun

Jenis Ketam Di Malaysia

Berikut adalah jenis ketam yang boleh dimakan, jenis ketam halal, jenis ketam tidak halal dan sebagainya

Ketam Bunga

Ketam bunga ialah ketam yang biasa dijual di pasar-pasar ikan dan pasar basah di Malaysia. Ia merupakan ketam yang berwarna kebiruan dan mempunyai corak berbunga pada cengkerangnya.

Ketam bunga adalah sangat manis dan sedap dimakan. Isinya juga banyak dan pejal menjadikan ia ketam pilihan utama rakyat Malaysia. Cengekerang ketam bunga yang berwarna kebiruan akan berubah menjadi merah apabila dimasak. Kalau anda pandai untuk memilih, anda akan mendapat ketam bunga yang mempunyai telur. Telur ketam bunga yang berwarna oren sangat sedap apabila dimasak.

Ketam Nipah

Ketam nipah adalah lebih kecil berbanding ketam bunga. Warnya coklat terang dan selalu dijumpai di kawasan pokok nipah, seperti namanya. Ketam nipah bukan haiwan dua alam maka ianya adalah halal untuk dimakan.

Sepit ketam nipah adalah besar dan dibelakang badannya terdapat sepasang kaki berbentuk leper yang digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Isi ketam nipah mungkin tidak semanis ketam bunga namun ia mempunyai peminat yang tersendiri.

Ketam Batu

Ketam batu adalah sejenis ketam yang biasa dijumpai di celah-celah batu di sepanjang pesisiran pantai. Ia adalah sejenis ketam yang haram dimakan oleh orang islam dan ketam tidak boleh dimakan memandangkan ia adalah sejenis binatang dua alam. Ketam ini boleh hidup di dalam air dan juga di atas darat.

Ketam batu berwarna coklat seperti ketam nipah namun warnanya adalah lebih gelap. Berbanding ketam nipah, penyepit ketam batu adalah lebih kecil. Jika ketam nipah adalah kecil dari bentuk fizikal, ketam batu pula berbentuk lebar dan mempunyai isi yang padat. Isinya yang padat menyebabkan ketam batu menjadi kegemaran masyarakat cina.

Perbezaan yang paling ketara di antara ketam nipah dan ketam batu ialah bentuk kaki kecik dihujung badannya. Bagi ketam nipah, kakinya yang terakhir adalah leper dan digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Sementara bagi ketam batu, semua kakinya adalah sama. Ia tidak mempunyai kaki khas untuk berenang. Oleh itu, jika anda ragu-ragu sama ada ketam tersebut ialah ketam nipah atau ketam batu, lihat sahaja kakinya. Pasti anda akan mendapat jawapan.

Ketam Biru

Ini adalah sejenis ketam laut dalam seperti ketam bunga. Bezanya ialah ketam biru berwarna biru dan tidak mempunya corak bunga pada cengkerangnya. Seperti ketam bunga, keta, biru juga mempunyai isi yang sangat manis dan padat.

Semasa gerhana bulan, ketam biru akan menjadi sangat besar dan isinye semakin padat. Pada masa ini juga ketam biru akan bertelur.

Ketam Bakau

Ia adalah sejenis ketam yang dijumpai di kawasan pokok bakau. Ia duduk di dalam lumpur dan untuk mencarinya anda perlu mengorek lumpur.

Rasa ketam ini agak berlumpur namun jika anda pandai membersihkan dan memasak dengan cara yang betul, rasa ketam bakau adalah sangat sedap.

Ketam Lumpur

Ketam lumpur adalah ketam yang boleh dijumpai di kawasan berlumpur seperti muara sungai. Ketam lumpur biasanya banyak dijual di kampung nelayan yang berdekatan dengan muara sungai. Ia biasanya dikutip semasa air sedang surut.

Sumber: https://bidadari.my/jenis-ketam/