Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud kata tanya, jenis kata tanya & contoh kata tanya yang dikongsikan oleh laman Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat (pandai.org)
Lain: Kata Kerja
Maksud Kata Tanya
Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara. Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat.
Jenis Kata Tanya
Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.
Jenis kata tanya | Fungsi kata tanya |
Siapa | Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia |
Apa | Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti |
Mana | Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat |
Bila | Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa |
Berapa | Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga |
Mengapa | Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci |
Kenapa | Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku |
Bagaimana | Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu |
Struktur Kata Tanya
Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu ayat tanya dengan mengunakan kata tanya yang berakhir dengan ‘kah’ dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Dibawah adalah contoh ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Ayat tanya dengan kata tanya | Ayat tanya tanpa kata tanya |
Siapakah lelaki itu ? | Meja itu rosak? |
Berapakah jumlah pelajar yang menyertai pertandingan itu ? | Awak sudah makan ? |
Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah ? | Cikgu itu guru kelas kamu? |
Di manakah Ali tinggal ? | Bila awak hendak membeli buku itu? |
Sumber: Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat (pandai.org)