Kenapa Bayi Sedu & Cara Hilangkan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai kenapa bayi sedu & cara hilangkan sedu bayi dengan mudah yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Kenapa Bayi Sedu? Ini Punca Dan 6 Tip Untuk Hilangkan Sedu Si Manja! (hellodoktor.com)

Lain: Cara Cara Buat Anak Dengan Betul & Terbaik

Kenapa Bayi Sedu

Masalah sedu yang dialami bayi yang baru lahir biasanya disebabkan oleh terlebih menyusu, proses penyusuan terlalu cepat atau menelan banyak udara yang turut menjadi punca si manja kembung perut.

Apabila perut berangin, ia sebenarnya akan menolak diafragma – menyebabkan ia kekejangan dan terjadilah sedu!

Ada kalanya bayi boleh mengalami sedu disebabkan oleh perubahan mendadak dalam suhu perut.

Kenapa bayi sedu : Gastroesophageal reflux puncanya 

Selain daripada pencetus yang disebabkan oleh penyusuan atau pemakanan, dalam sesetengah kes bayi yang mengalami sedu berterusan boleh berpunca oleh perkara lain.

Penyebab itu adalah refluks gastroesophageal atau lebih dikenali sebagai GER (gastroesophageal reflux). 

Apabila bayi mengalami keadaan refluks ini, sebahagian makanan yang dicerna dan jus berasid daripada perut mengalir kembali ke esofagus menyebabkan sensasi rasa terbakar dan ketidakselesaan.

Oleh sebab esofagus melalui diafragma, ia boleh merengsa dan menyebabkan bayi lebih kerap sedu.

Di samping sedu, bayi dengan GER juga akan mengalami simptom lain seperti:

  • Bayi lebih kerap menangis dan mudah meragam
  • Bayi melengkungkan badan secara berlebihan semasa atau selepas penyusuan
  • Bayi lebih kerap terjeluak (spitting
  • Batuk 

Sekiranya anda menyedari beberapa gejala di atas dan mengesyaki bayi tersedu disebabkan keadaan refluks ini, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik. Berita baiknya, keadaan ini boleh dirawat.

Cara Hilangkan Sedu Bayi

Anda sudah mengetahui punca sedu terjadi. Kini ayuh kita ketahui apakah tip yang boleh dilakukan untuk meredakannya.

Petua hilangkan sedu bayi menyusu badan

Jika bayi diberikan penyusuan eksklusif, pastikan anda mengambil kira petua ini untuk mencegah sedu:

  • Sendawakan bayi semasa bertukar daripada satu payudara ke sebelah yang lain
  • Jika menelan udara berlebihan adalah puncanya, mungkin anda boleh memeriksa lekapan puting bayi. Pastikan bibir bayi melekap di sekeliling areola dan bukannya hanya puting

Cara hilangkan sedu bayi menyusu botol

Berikut adalah kaedah menghilangkan sedu pada si kecil yang menyusu botol:

  • Disarankan untuk berehat seketika semasa menyusu untuk sendawakan bayi dan teruskan penyusuan selepas berehat antara 5-10 minit
  • Cuba betulkan kedudukan botol susu untuk mengelakkan bayi menelan udara berlebihan

Sumber: Kenapa Bayi Sedu? Ini Punca Dan 6 Tip Untuk Hilangkan Sedu Si Manja! (hellodoktor.com)