Pusat Pengumpulan Kitar Semula Sekitar Anda

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai barang kitar semula & pusat pengumpulan kitar semula sekitar anda

Lain: Cara Buat Duit Online Dengan Kitar Semula Sampah

Kitar Semula

Berikut adalah maklumat mengenai kitar semula yang dikongsikan oleh laman Senarai Barangan & Pusat Pengumpulan Kitar Semula (ecentral.my)

Kitar Semula

Konsep Kitar Semula

Apa itu kitar semula ? Kitar semula ialah proses menukar bahan buangan kepada bahan dan objek baharu.

Konsep ini selalunya merangkumi pemulihan tenaga daripada bahan buangan. Kebolehkitaran semula sesuatu bahan bergantung pada keupayaannya untuk memperoleh semula sifat yang dimilikinya dalam keadaan asalnya.

Ia adalah alternatif kepada pelupusan sisa “konvensional” yang boleh menjimatkan bahan dan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Ia juga boleh menghalang pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (daripada pembakaran) dan pencemaran air (daripada pelupusan sampah).

Terdapat beberapa piawaian ISO yang berkaitan dengan kitar semula, seperti ISO 15270:2008 untuk sisa plastik dan ISO 14001:2015 untuk kawalan pengurusan alam sekitar terhadap amalan kitar semula.

Senarai barangan boleh dikitar semula

kitar semula

Berikut merupakan antara barangan yang boleh dikitar semula:

  • Kertas – Surat khabar, majalah. buku-buku, kalender, risalah, dan juga sampul surat
  • Kaca – bekas makanan, botol minuman, botol supplemen dan botol-botol ubatan
  • Plastik – beg plastik, botol minuman, botol air mineral, dan juga bekas makanan
  • Aluminium – Tin minuman, makanan

Senarai pusat pengumpulan

Ramai daripada yang tidak tahu bahawa anda boleh menjana duit dengan menjual barangan yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpulan kitar semula seluruh negara.

Harga yang ditetapkan juga sedikit berbeza antara pusat pengumpulan dan bergantung pada permintaan pasaran semasa.

Terdapat banyak pusat pengumpulan yang diwujudkan oleh individu persendirian dan syarikat.

Berikut merupakan antara lokasi pusat pengumpulan yang boleh anda kunjungi:

SWCorp (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, KL, Purajaya, Perlis, Kedah) – https://www.swcorp.gov.my/docfile/2021/fasiliti-kitar-semula/SENARAI%20PUSAT%20KITAR%20SEMULA%20PBT%20KONSESI%20JOHOR%20MELAKA%20NEGERI%20SEMBILAN%20PERLIS%20KEDAH%20PUTRAJAYA%20KUALA%20LUMPUR%20PAHANG.PDF

Dhes (KL, Putrajaya, Cyberjaya) – http://www.dhes.com.my/buy-back-center.html

MBSJ (Subang Jaya) – https://www.mbsj.gov.my/ms/pusat-kitar-semula-0

Sebenarnya, terlalu banyak pusat pengumpulan di seluruh Malaysia dan tidak mustahil jumlahnya menceah ribuan.

Sekiranya lokasi anda tidak tersenarai daripada mana-mana pautan di atas, terdapat 2 cara untuk mengetahui pusat pengumpulan berhampiran tempat tinggal anda:

  1. Melakukan carian online dengan memasukkan kata kunci “pusat kitar semula + lokasi anda”.
  2. Bertanyakan dengan jiran-jiran atau masyarakat setempat anda

Sumber: Senarai Barangan & Pusat Pengumpulan Kitar Semula (ecentral.my)