Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips mudah lentikkan bulu mata secara semulajadi yang mudah & berkesan.
Lain: Senarai Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan
Lentikkan Bulu Mata
Berikut adalah tips cara panjangkan bulu mata yang mudah & berkesan:
Lentikkan Bulu Mata : Sikat Dengan Kerap
Tahukah anda bahawa dengan cara sikat bulu mata kerap sememangnya boleh membuahkan hasil dan dapat lentikkan bulu mata anda.
Sapu Vaseline Setiap Malam
Produk vaseline boleh juga digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata anda, dengan cara mengambil sedikit vaseline menggunakan cotton bud atau berus mascara dan sapu pada bulu mata sebelum tidur.
Cara Panjangkan Bulu Mata : Guna Minyak Semula Jadi
Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.
Sapu Vitamin E
Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.
Tekap Dengan Teh Hijau
Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata. Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.
Mengambil Biotin
Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dalam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang. Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut.
Diharapkan cara lentikkan bulu mata di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang baru.
Sumber: 6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi – XTRA