Sekiranya anda singgah ke Terengganu, tidak lengkap jika anda tidak mencuba Nasi Dagang Atas Tol Terengganu yang amat popular di negeri ini, di Kuala Terengganu khususnya. Kedai yang menjual nasi dagang sedap ini hanya berada di dalam daerah Kuala Terengganu sahaja dan mempunyai beberapa cawangan.
Bacaan Lain: Resipi Ayam Grill Mudah Cepat Juicy Lembut
Nasi Dagang Atas Tol
Lokasi Nasi Dagang Atas Tol
Lokasi nasi dagang sedap ini adalah seperti berikut yang turut dikenali sebagai nasi dagang atas tol 2 dan nasi dagang atas tol 3:
- Nasi Dagang Atas Tol – Kg Atas Tol
- Nasi Dagang Atas Tol – Padang Negara
- Nasi Dagang Atas Tol – Losong
- Nasi Dagang Atas Tol – Kubang Badak
Jika anda ingin singgah di mana-mana lokasi nasi dagang atas tol, disarankan untuk datang awal kerana kebanyakkan tempat anda perlu beratur untuk dapatkan makanan kerana ianya menggunakan konsep layan diri. Tetapi jangan risau kerana servisnya cukup pantas, dan tidak perlu berdiri lama sangat.
Waktu Operasi Nasi Dagang Atas Tol
Waktu operasi Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu ini adalah setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kedai mereka beroperasi setiap hari kecuali tutup pada Isnin dan Selasa sahaja.
Menu Nasi Dagang Atas Tol
Menu utama yang anda wajib cuba di sini adalah Nasi Dagang berserta Teh Ais Ombak Rindu. Teh Ais Ombak Rindu adalah teh ais yang biasa tetapi ianya menjadi unik kerana ianya ditarik sehingga buih melimpah keluar daripada cawan. Rasanya juga cukup manis dan sedap.
Untuk menu utamanya iaitu Nasi Dagang, beras yang digunakan adalah beras panjang yang kemungkinan adalah beras basmathi. Selain itu, acar juga dirapikan sebagai lauk tambahan didalam menu Nasi Dagang.
Mereka asingkan Ikan Tongkol dengan kuah Nasi Dagang, supaya kuah yang ada dapat tidaklah dibanjiri dengan ikan hancur seperti di kedai-kedai lain. Mereka asingkan ikan tongkol utama dengan kuah. Kuahnya cukup sedap dan cukup rasa, tidak terlalu pekat dan sedap untuk dijamah.
Harga Nasi Dagang Atas Tol
Harga Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu bagi sepinggan adalah RM4 manakala untuk harga Teh Ais Ombak Rindu mengikut saiz cawan; kecil adalah RM3, sedang adalah RM4 dan besar pula adalah RM5. Dengan hanya RM10 anda boleh dapatkan Nasi Dagang dan Teh Ais.
Sumber: Aimanabdullah