Oldtown White Coffee : Sejarah, Pemilik & Status Halal

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Oldtown White Coffee seperti mengenai sejarah penubuhan, pemilik syarikat & status halal terkini yang dikongsikan oleh laman Oldtown White Coffee: Sejarah Penubuhan & Pemilik Syarikat (ecentral.my)

Menarik: Biodata Khairul Aming, Instafamous Selebriti Masakan

Oldtown White Coffee

Apa itu Oldtown White Coffee

OldTown Berhad (juga dikenali sebagai OldTown White Coffee) ialah rantaian restoran kopitiam halal yang disahkan halal terbesar di Malaysia di Ipoh, Perak yang ditubuhkan sejak tahun 1999.

Sejarah Penubuhan Oldtown White Coffee

Oldtown White Coffee membuka kedainya yang pertama pada tahun 2005 di Ipoh oleh 2 orang pengasasnya, Goh Ching Mun dan Tan Say Yap.

Selain ratusan cawangan di Malaysia, syarikat ini juga mempunyai beberapa buat cawangan di luar negara seperti Singapura, Indonesia, Australia dan China.

OldTown kini mengeksport campuran minuman segera kepada lebih daripada 14 buah negara yang tersenarai di Bursa Malaysia sebagai papan utama.

Status Halal Oldtown White Coffee

 Oldtown White Coffee

Antara kontroversi yang kerap diulang hampir saban tahun adalah mengenai status HALAL restoran Oldtown White Coffee, dengan ada segelintir pihak yang mendakwa ianya tidak halal.

Untuk menjawab persoalan ini, sumber yang paling sahih sekali adalah dengan merujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri.

Semakan ringkas yang dibuat melalui laman wen JAKIM mendapati bahawa syarikat ini yang dimiliki oleh Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. merupakan pemegan sijil HALAL JAKIM yang masih sah dan belum tamat tempoh.

Untuk semakan status HALAL sesebuah syarikat, sila layari laman web https://www.halal.gov.my/v4/index.php

Pemilik Oldtown White Coffee

kopi pracampuran oldtown white coffee

Antara kontroversi lain yang timbul mengenai Oldtown White Coffee adalah dakwaan yang restoran ini turut dimiliki pegangan sahamnya oleh Nga Kor Ming, salah seorang ahli politik dari DAP.

Dakwaan ini sudah wujud sejak tahun 2015 lagi sejak dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu.

DS Seri Ismail Sabri dalam ciapannya di Twitter ketika itu mendakwa restoran ini milik keluarga Datuk Ngeh Koo Ham, Anggota Parlimen DAP Beruas ketika itu sehingga memaksa Datuk Ngeh Koo Ham membuat laporan polis.

Jadi, adakah dakwaan yang mendakwa syarikat ini turut dimiliki oleh Nga Kor Ming (yang merupakan sepupu Ngeh Koo Ham) benar dan berasas?

Untuk makluman, jenama ini yang dimiliki oleh syarikat Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Oleh itu, anda boleh membeli sendiri laporan SSM (https://mydata-ssm.my/report/KOPITIAM-ASIA-PACIFIC-SDN-BHD_196428-ow) untuk melihat sama ada dakwaan bahawa Oldtown ini dimiliki oleh Nga Kor Ming (yang merupakan sepupu Ngeh Koo Ham) ini benar atau hanya dakwaan bersifat serangan politik semata-mata.

Sumber: Oldtown White Coffee: Sejarah Penubuhan & Pemilik Syarikat (ecentral.my)