Dalam artikel ini kami akan kongsikan satu perkongsian dari Marina Bashah berkaitan pengalaman pakai braces dialami oleh beliau.
Artikel berkaitan: Koleksi Petua Hilang Sakit Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan
Pengalaman Pakai Braces
Berikut adalah pengalaman pakai braces, pengalaman pakai braces gigi berlapis atau pengalaman pakai braces untuk gigi jongang.
Pengalaman Pakai Braces
Pengalaman Memasang Braces di Klinik Pergigian Jasmine Dental Care, Ipoh
Persoalan yang biasa ditanya tentang nak pasang braces :
Pasang braces sakit tak?
Mahal tak pasang braces?
Berapa kos nak pasang braces?
Pasang braces pada umur 30 an boleh ke?
Kat sini Marina nak kongsi dengan korang, pengalaman Marina memasang braces. Semoga semua persoalan korang tentang braces terjawab. Nak bercerita lebih pon tak pandai. Marina pon baru pakai. Actually Marina dah lama berimpian nak mencantikkan gigi ni tapi hasrat tu sentiasa tertangguh. Umur dah masuk 30 an baru nak pasang braces. Tak rugi ke? Dulu memang terasa rugi, RM5K kot kalau nak buat braces, tambah-tambah yang dah berkahwin dan berumur, rasanya bukan satu keperluan. Ye memang tak dinafikan memasang braces ni memang bukan satu keperluan, tapi pada Marina self satisfaction tu yang paling utama. Kita dah berkerja ni, mesti ada memasang impian dan nak capai impian tersebut. Alhamdulillah wishlist Marina untuk memakai braces tercapai walaupun boleh dikatakan agak terlewat.
Dulu ingatkan datang klinik gigi, set appointment dengan doktor gigi boleh pasang terus braces. Tak ye adik-adik sekalian. Ada juga yang Marina dengar umur 35 tahun ke atas tak boleh pakai braces. Itu pon mitos. Korang yang berumur 40 tahun pon boleh pakai braces if condition gigi korang masih ok. Cumanya kalau klinik kerajaan diorang tak accept dah.
Kenapa Marina pilih Klinik Pergigian Jasmine?
Sebab Marina pilih Klinik Pergigian Jasmine :
- Paling utamanya sebab doktornya perempuan. Tapi doktor pakar yang memasang ring dan braces dibuat oleh doktor lelaki. Semua doktor di klinik ni peramah. Bukan doktor je, staff pon peramah.
- Kliniknya bersih, selesa dan berhawa dingin. Tetapi kasut perlu dibuka di luar klinik.
Prosedur memasang braces
#1 Sebelum ke klinik, Marina set appointment dulu sebab klinik ni terlampau ramai orang yang buat treatment. Kalau datang on the spot nak buat treatment, pakat kena baliklah. On the day pergi ke klinik, diorang check dulu gigi. Diorang kata gigi Marina ada karies gigi. So diorang buat scaling gigi dulu. Diorang nak tengok selepas dah scaling gigi, gigi akan goyang atau tak. Doktor bagitau gigi Marina goyang sikit. So kena buat rawatan gusi. Doktor kata kalau terus pasang braces rugi, sebab nanti lepas dah pasang braces, gigi still ada pergerakan, akan menyebabkan susunan gigi tak cantik.
#2 Selepas sebulan doktor mintak datang balik untuk check buat kali kedua. Doktor buat rawatan gusi di mana dipanggil sebagai “Deep Scaling”. Yang ni gusi perlu dibius. Serius kecut perut tengok jarum dia. Sebelum dicucuk di beberapa tempat, doktor sapukan ubat kebas. Selepas beberapa minit, doktor cucuk gusi untuk bagi gusi Marina kebas. Masa cucuk, terasa jugaklah sakitnya. Kalau tak sapu ubat kebas, lagi sakitlah agaknya. Doktor buat sebelah mulut je dulu, lagi sebelah doktor cakap buat minggu berikutnya sebab nanti susah Marina nak makan sebab mulut kebas. Bibir masa tu dah rasa macam bibir Angelina Jolie. Masa buang air yang dikumur pon, hampir-hampir tersasar dari bekas yang disediakan. Doktor bagitau lepas appointment minggu depan kena tunggu lagi 3 bulan untuk tengok gigi bergerak lagi atau tak. Dalam hati Marina, alamak, panjang jugak cerita dia sebelum nak pakai braces. Tapi takpela layankan aje.
#3 Minggu berikutnya buat Deep scaling lagi. Kalini sebelah kanan pulak. Selepas deep scaling, doktor kata, gigi Marina tak perlu tunggu 3 bulan untuk tengok pergerakan gigi, dah boleh proceed ke prosedur seterusnya. Selepas dah buat Deep scaling, pada hari yang sama gigi di scan. Ada sesetengah klinik takde mesin scan ni, so korang akan diminta untuk pergi ke klinik lain untuk scan gigi dan bawak copy scan tu ke klinik gigi yang korang rancang nak pasang braces. Selepas dah scan gigi, acuan gigi diambil.
#4 Minggu berikutnya, Marina jumpa doktor pakar. Doktor terangkan condition gigi, prosedur yang akan dibuat dan pro’s and con’s pasang braces. Disebabkan gigi Marina ni full, so space untuk pergerakan gigi bila dah pasang braces ni takde. Doktor pakar bagitahu Marina kena cabut 2 batang gigi di atas. Gigi bawah doktor cakap tak perlu, hanya kikis, kikis je bagi cantik. Marina pon tak tahulah dia nak buat macam mana. Sebelum cabut gigi, doktor kata kena pakai getah dulu untuk bagi gigi ada space sebelum memakai ring. So setelah dengar penerangannya, doktor tanya nak fikir dulu ke macam mana? Marina ambil keputusan untuk fikir dulu. Sebulan jugak fikir. Hahaha. Sebab apa? Sebab mengikut kata doktor pakar, Marina punya smile ni nampak gusi (memang betul), so bila pakai braces, gigi memang cantik tapi gusinya akan lagi nampak. Tu yang fikir lama tu.
#5 Setelah nekad, Marina ke klinik balik untuk pasang getah. Getah ni dipasang 4 tempat, 2 atas dan 2 bawah. Walaupon tak cabut gigi bahagian bawah, tapi still kena pakai jugak getah di gigi bawah.
#6 Selepas seminggu pakai getah, kena pasang ring pulak. Ring ini bertujuan untuk taknak ada pergerakan gigi belakang semasa gigi dah dicabut nanti, rugi pasang braces nanti. Pembantu klinik pada awalnya bagi tarikh untuk pasang ring sebulan selepas pasang getah. Ingatkan kena pakai sebulan getah ni, rupanya tunggu stok ring sampai. Apabila ring dah dipasang, sekali lagi acuan gigi diambil.
#7 Sepatutnya seminggu je pakai ring, tapi sebab doktor pakar takde pada minggu depannya, Marina pakai 2 minggu sebelum disimen.
#8 Selepas dah seminggu disimen, gigi Marina dicabut. Selang beberapa hari selepas tu, satu lagi gigi dicabut.
#9 After beberapa hari kedua-dua gigi dicabut, akhirnya braces dipasang.
#10 Prosedur diteruskan dengan check up setiap bulan. Nak cerita panjang pula. Kalau ada yang nak Marina share, next entri la kot.
Kos Buat Braces
Berapa total yang dihabiskan buat braces?
- scaling gigi RM140
- deep scaling dua belah RM140 (dah tak ingat tapi lebih kurang harga ni)
- scan gigi RM100
- consultation doktor pakar RM50
- buat acuan gigi RM50
- Pasang ring RM300
- cabut gigi 2 batang (RM160)
- down payment braces atas bawah (RM1500). Total RM5000. Balance tu dibayar setiap kali check up, sebulan sekali.
Apa yang perlu korang tahu kalau nak pakai braces
- Kena jaga pemakanan. Jangan makan benda yang keras sebab akan menyebabkan bracket boleh patah.
- Awal-awal masa pakai braces, percakapan korang akan jadi pelat. Yang ni doktor cakap tak semua doktor guna ring. Ikut doktor. Ring ni yang menjadikan percakapan korang pelat. Doktor bagitau dalam 6 bulan pakai ring ni.
- Potensi jadi ulser mulut sangatlah tinggi sebab braces akan bergesel dengan dinding mulut. Kena sapu lilin khas untuk pemakai braces.
- After pakai braces, boleh je buat scaling gigi macam biasa.• Selepas complete pakai braces, perlu pakai retainer supaya kurang pergerakan gigi. • Setiap patient kes berbeza. Kadang bila doktor rancang tak jadi, dia buat plan lain pulak. Macam contoh, setelah Marina pakai braces, dinding mulut Marina ni habis jadi seperti ulser sebab berlaku tekanan antara dinding mulut dan braces. Makanye terpaksa cabut lagi 2 gigi di bahagian bawah pulak.
Pengalaman Memasang Braces
Haaaa, panjangkan prosedur nak memasang braces ni? Inilah sebabnya Marina banyak kali bertangguh untuk buat braces. Marina ni sejenis yang tak gigih nak pergi ke klinik banyak kali terutamanya untuk kecantikan. Tu la pasai nak buat braces pon fikir banyak kali.
Semasa pasang getah dan ring ni, sakit sikitlah tapi masih boleh tahan sakitnya. Masa pakai getah dan ring, agak sukar nak makan terutamanya makanan yang keraslah seperti kacang, keropok lekor yang keras dan yang liat, sebab tekanan pada gigi tu rasa tak selesa dan terasa sakit jugaklah untuk menggigit. Tapi nasi masih boleh lagi dimakan.
Bila dah pasang braces, memang meranalah sebab ulser mulut menyerang. Makan pon agak susah sikit. Doktor cakap ada yang ok, takde kena ulser. Masing-masing punya mulut. Macam Marina ni jenis yang sensitif, kalau tak pakai braces pon kerap ada ulser, apatah lagi pakai braces. Masa cucuk ubat kebas nak cabut gigi boleh boleh tumbuh ulser kat tempat cucuk tu. Kalau diberi peluang untuk pakai braces lagi, rasanya tak pakai dah kot. Cukuplah takat sini saja. Nikmat nak makan tu terbatas, dahlah Marina jenis suka makan. Betullah doktor gigi tu cakap, semua patient dia yang pakai braces, semua dah kurus-kurus termasuklah Marina.
Haaa…Amacam? Dah sedia nak pakai braces?
Sumber: Marina Bashah