Koleksi Peribahasa Melayu Dan Maksud Peribahasa

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi terkini iaitu koleksi peribahasa melayu, peribahasa bergambar dan maksud peribahasa melayu untuk panduan anda.

Tips lain: Koleksi Teka Teki Lucu, Susah, Lawak 2021 (Soalan & Jawapan)

Peribahasa Melayu

Peribahasa Dan Maksud

1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha

2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

3. Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

4. Berbual di alang, belayar di luar musim 
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai

5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar 
Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu

6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak

7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap

8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian

9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain

10. Bertanjak baharu tinjau
Membuat kerja mengikut aturan

11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak
Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar

12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian 
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal

14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil 
Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah

15. Biar genting, jangan putus 
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas 
Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

17. Biar lambat asalkan selamat
Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati

18. Biar mati anak jangan mati adat
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban

19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma 
Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan

20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Menyimpan rahsia

21. Biar putih tulang jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah

22. Biar senget, jangan tertiarap 
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

23. Biar titik, jangan tumpah
Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

24. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik  sahaja

25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 
Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba

26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit 
Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu

27. Cicir dipungut, hilang dicari 
Jangan melakukan pembaziran

28. Daripada cempedak baiklah nangka 
Lebih baik ada daripada tiada langsung

29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga 
Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik

30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati 
Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati

31. Elok lenggang di tempat datar 
Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya

32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya 
Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang

33. Genggam bara api biar sampai jadi arang 
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya

34. Habis akal, baru tawakal 
Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan

35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga 
Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia

36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa 
Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

37. Hilang geli kerana geletek 
Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita

38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis 
Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta

39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak 
Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing

40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak 
Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

41.  Jangan bermain di air keruh 
Jangan ditiru perbuatan yang buruk

42. Jangan buat kerbau tanduk panjang 
Jangan campuri urusan orang lain

43. Jangan dibangunkan kucing tidur 
Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa

44. Jangan didengarkan siul ular 
Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh

45. Jangan difikir air pasang sahaja 
Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik

46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang 
Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru

47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis 
Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak

48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan 
Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat

49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri 
Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri

50. Jangan punting berasap jua 
Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi

Sumber: Amnanajwa