Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi petua hilang batuk bayi dengan mudah. Anda boleh amalkan petua hilangkan batuk bayi ini jika anda memilih cara tradisional.
Petua lain: Koleksi Petua Hilang Sakit Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan
Petua Hilang Batuk Bayi
Berikut adalah beberapa cara hilangkan batuk bayi yang diambil dari hellodoktor.
Petua Hilangkan Batuk Bayi
Madu untuk rawat batuk anak
Madu ialah bahan ajaib yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia secara santifiknya terbukti berkesan merawat batuk.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.
Ibu bapa diingatkan untuk tidak menggunakan ramuan ini buat bayi yang berusia 12 bulan ke bawah kerana madu mengandungi botulinum spores – sejenis bakteria yang bertanggungjawab terhadap kes keracunan makanan dalam kalangan kanak-kanak.
Ubat titis hidung
Ubat titis hidung diperlukan untuk memudahkan anak anda menghembus mukus atau hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Anda boleh membelinya di farmasi atau hanya membuatnya di rumah.
Caranya, campurkan air, garam yang tidak beriodin serta serbuk penaik. Namun begitu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat titis hidung buatan sendiri ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lain.
Wap air
Rawatan wap air boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah memanaskan air yang telah dicampur dengan balsem yang disarankan oleh doktor.
Caranya, hanya tempatkan muka anak anda dekat dengan wap air yang keluar daripada campuran balsem dan air tadi dan biarkan mereka menghidunya.
Jika anda mahukan cara yang lebih mudah, hanya sapukan balsem pada dada dan leher mereka.
Posisikan kepala di kedudukan yang tinggi
Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 1 tahun, salah satu petua hilangkan batuk bayi 1 tahun adalah dengan letakkan beberapa bantal di belakangnya, bahu dan kepala agar dia dapat tidur dalam kedudukan yang sedikit tegak, membolehkan pernafasan lebih mudah.
Untuk bayi, letakkan bantal di bawah tilam katilnya untuk menaikkan kawasan di mana dia meletakkan kepalanya.
Hilangkan batuk anak dengan makan nanas
Bromelain adalah enzim yang berasal dari nanas. Ia adalah yang paling banyak di bahagian teras buah nanas.
Bromelain mempunyai ciri-ciri antiradang dan juga mempunyai ciri-ciri mucolytic, yang bermaksud bahawa ia boleh memecahkan mukus dan mengeluarkannya dari badan.
Sumber: Hellodoktor