Petua Hilang Sakit Kepala

Ada beberapa jawapan disebalik sebab sakit kepala, di mana menurut kajian, pening kepaa bagi kebanyakkan orang biasanya berpunca daripada kekurangan tidur, keletihan, cuaca yang panas, tekanan emosi dan haid. Dalam artikel ini kami akan kongsikan petua hilang sakit kepala dan petua hilangkan pening kepala.

Selain mengambil ubat tahan sakit atau panadol, anda boleh cuba beberapa petua hilang pening kepala di bawah ini bagi mengurangkan rasa sakit.

Bacaan Lain: Sukar Tidur? Amalkan Tips Mudah Menggunakan Teh Dan Pisang

Petua Hilang Sakit Kepala

Guna Ais

Menurut kajian yang dilakukan oleh Healthline.com, dengan meletakkan ais di sekeliling tengkuk atau pada bahagian yang sakit boleh membantu mengurangkan rasa sakit akibat sakit kepala atau migrain. Selain di tengkuk, pek ais atau tuala sejuk juga boleh diletakkan di bahagian dahi untuk mengurangkan kesakitan.

Urutan Hilang Sakit Kepala

Urutan di bahagian leher, bahu dan dahi boleh melegakan dan akan mengurangkan ketegangan otot serta kesakitan yang dialami. Anda boleh membuat urutan pada bahagian yang sakit bergantung pada jenis sakit kepala yang dihadapi seperti dalam gambar di bawah ini.

urutan hilang sakit kepala

Pudina

Menurut sebuah kajian, menthol yang memberi aroma segar pada pudina membantu saraf dan otot-otot menjadi lebih relaks dan sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala dengan berkesan. Anda boleh menggunakan minyak pudina untuk disapu di sekitar dahi atau kepala. Atau anda juga boleh meminum teh pudina tanpa gula.

Halia

Halia mengandungi sejenis minyak yang mengandungi kompaun gingerol dan shogaols yang mempunyai ciri anti-keradangan dan melegakan kesakitan. Seperti pudina, halia juga berkesan mengurangkan rasa loya serta mengurangkan simptom sakit kepala seperti migrain. Gunakan hirisan halia atau serbuk halia untuk buat teh dan diminum.

Cuka Epal Dan Madu Asli

Bagi yang ada simpan madu asli dan cuka epal (apple cider vinegar), bolehlah gunakan petua ini. Caranya, campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Seeloknya guna sudu plastik. Lepas minum terus tidur supaya lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

Minum Air Kosong Hilang Sakit Kepala

Antara kesan kurang minum air adalah dehidrasi dan ini boleh menjadi punca sakit kepala. Air kosong dapat melancarkan pengaliran darah dan sekaligus membantu proses pengangkutan oksigen kepada tubuh.

Limau Kasturi

Belah dua limau kasturi, kemudian perah atas kepala sambil ramas-ramaskan rambut. Picitkan sedikit pada bahagian kepala yang rasa sakit. Bila selesai, gunakan kulit limau tadi dan masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih untuk dijiruskan atas kepala.

Daun Bunga Raya

Daun bunga raya memang terkenal sebagai petua sakit kepala oleh mak-mak kita sejak dulu lagi. Caranya, ramas beberapa helai daun bunga raya bersama sedikit air sehingga ia mengeluarkan lendir. Lepas tu, lumur dan ratakan atas kepala.

Asam Jawa Dan Santan

Satu lagi cara yang boleh dicuba adalah menggunakan santan dan asam jawa. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan. Lumurkan ke seluruh kepala, bungkus dengan tuala dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, bilaskan rambut dengan air atau syampu.

Mandi Hilang Pening Kepala

Mandi pancuran air panas atau berendam dalam tab mandi adalah salah satu cara untuk meredakan sakit kepala juga. Ia boleh membantu menghentikan isyarat rasa sakit kepada otak dan meningkatkan pengaliran darah bagi melegakan otot-otot yang tegang.

Sumber: Siraplimau