Renew Lesen Memandu Online Mulai 16 Oktober 2020

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerusi laman rasmi Facebook mereka mengumumkan bahawa pada masa terdekat anda boleh renew lesen memandu online menerusi sistem myEG.

Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ AES Online SMS

Untuk permulaan, JPJ menyokong renew Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal secara online melalui myEG bermula 9 Oktober 2020 ini. Ciri ini disokong untuk kenderaan persendirian sahaja. Untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL), renew secara online bermula 16 Oktober 2020 dibolehkan turut melalui sistem myEG juga.

Untuk maklumat anda, sebenarnya sebelum ini terdapat sistem yang membolehkan anda membuat perkara yang sama iaitu melalui laman MySikap JPJ. Namun begitu, atas faktor keselamatan, anda perlu daftar secara manual di kaunter JPJ untuk pengesahan pertama kali sebelum menggunakan sistem ini.

Berbeza pula dengan sistem myEG akan datang ini dimana besar kemungkinan anda tidak perlu untuk pergi ke kaunter untuk pengesahan kali pertama.

renew lesen online
renew online lesen

Sumber Gambar: Astro Awani; Sumber Artikel: Facebook JPJ Malaysia

Leave a Comment