Resipi Ayam Grill Mudah Cepat Juicy Lembut

Khas untuk anda yang ingin diet dengan hanya memakan ayam ataupun yang ingin memasak ayam bakar atau grill dengan mudah dan cepat hanya menggunakan air fryer, di sini kami ingin berkongsikan cara penyelesaiannya. Cik Merpati Putih menerusi halaman Facebook beliau berkongsikan cara dan resipi untuk ayam grill yang lembut dan juicy seperti berikut.

Cara Sebutan “Maggi” Yang Pelik Dalam Rancangan “MasterChef”

Cara Buat Ayam Grill Mudah, Lembut, Dan Juicy

Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak ayam grill dengan cepat menggunakan air fryer. Lihat hasil masakan dalam gambar di bawah.

Bahan-Bahan

  • Ayam atau daging (ikut citarasa)
  • Sos Lada Hitam Kimball (dalam pack senang dan jimat)
  • Serbuk Rosemary herbs
  • Serbuk tyhme herbs
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula (kena lebih)

Cara Memasak

  1. Pertama sekali basuh ayam atau daging bersih-bersih.
  2. Kemudian letakkan sos lada hitam dalam bekas (kalau pekat tambah air panas atau suam).
  3. Kacau sehingga sebati, masukkan perasa iaitu garam, serbuk rosemary herbs, serbuk lada hitam dan gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam atau daging).
  4. Kemudian kacau sampai sebati. Baru masukkan ayam atau daging. Perap semalaman kalau nak sedap.
  5. Kemudian dah boleh bakar dalam oven atau air fryer sehingga masak (suhu guna air fryer 200 darjah celcius selama 17 minit).
resipi ayam bakar cepat
ayam grill mudah
resipi ayam grill sedap
resipi ayam grill sedap

Sumber: Cik Merpati Putih

Leave a Comment