Ini Kegunaan Sabut Kelapa Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Manfaat sabut kelapa yang ramai tak tahu.

Lain: Ini Adalah Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans Anda

Manfaat Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

Berikut adalah fungsi sabut kelapa untuk pengetahuan anda.

Sebagai Media Tanaman

Antara kegunaan utama sabut kelapa adalah sebagai media tanaman yang cukup versatil bagi tanaman ladang mahupun tanaman hiasan.

Disebabkan ia berongga, sabut daripada kelapa dapat berfungsi sebagai media tanaman dengan pengudaraan yang baik untuk tanaman.

Pada masa yang sama, sabut juga mampu menyimpan sehingga 6 kali ganda air daripada beratnya sendiri.

Kegunaan Sabut Kelapa : Sebagai Pembekal Nutrisi Pada Tumbuhan

Bukan sahaja dapat memberikan pengudaraan serta kelembapan yang baik pada tanaman, malah ia juga mampu membekalkan pelbagai nutrisi penting untuk tumbuhan.

Antara unsur nurtrisi makro dan mikro yang didapati dalam sabut kelapa adalah kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan natrium.

Untuk Dijadikan Cocopeat

Sabut daripada buah kelapa juga sering dihancurkan untuk menjadi satu lagi variasi medium tanaman iaitu cocopeat.

Cocopeat mempunyai nilai pH 5.6 hingga 6.5 iaitu kadar yang optimum untuk pertumbuhan akar tanaman.

Di samping itu, cocopeat juga mampu membekalkan pelbagai nutrien pada tumbuhan seperti magnesium, natrium dan fosforus.

Sebagai Bahan Bakar

Sabut kelapa yang kering sangat mudah terbakar. Ini menjadikan ia sebagai bahan bakar cukup baik.

Bahan Utama Dalam Penghasilan Perabot

Kandungan lignin serta selulosa yang terdapat dalam sabut kelapa menjadikannya sesuai untuk dijadikan papan untuk perabot.

Selain itu, serat daripada sabut juga sesuai untuk digabungkan bersama lateks untuk pengasilan perabot yang tahan lasak dan terbiodegradasi.

Diharapkan info sabut kelapa di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: 6 Kegunaan Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu (ecentral.my)