Cara Semak Baki PTPTN

Pada zaman maju kini, anda tidak perlu lagi keluar rumah ke kaunter ptptn untuk bayar ptptn. Kini anda boleh semak baki ptptn secara online sahaja di hujung jari. Penyata PTPTN online kini boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.

Bacaan Lain: Cara Isi e-Filing Borang Cukai Pendapatan (e-BE)

Anda juga boleh membuat semakan tunggakan ptptn, ansuran bulanan ptptn dan melihat perincian pinjaman ptptn melalui portal ini. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah mudah di bawah ini.

Semak Baki PTPTN Online

Penyata Online PTPTN akan memudahkan anda untuk cara buat semakan baki ptptn online dengan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Lawati Portal PTPTN Online

Pertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

semakan baki online ptptn

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

Masukkan No. Kad Pengenalan

Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

cara semak baki hutang ptptn

Klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

cara semak baki hutang ptptn

Masukkan Kata Laluan

Kemudian, masukkan kata laluan. Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel. Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN* bagi mendapatkan kata laluan.

Untuk mendapat respon yang pantas, anda boleh cuba menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

semakan ptptn online

Semak Penyata

Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

semak baki ptptn secara online

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

semakan penyata ptptn

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.

semak penyata baki ptptn

Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Selain membuat semakan baki PTPTN online, terdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam. Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:

  1. Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atau
  2. Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan

Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.

Memohon Penangguhan PTPTN

Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  2. Salinan surat tawaran pengajian.
  3. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  4. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  5. Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

Nota:

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Penstrukturan Atau Penjadualan Semula Bayaran Balik PTPTN

Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula. Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Sumber: Ecentral