Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Surat Berhenti Kerja 24 Jam : Contoh dan Panduan
Lain: Apa Perlu Buat Jika Gaji Pekerja Ditolak Tapi Majikan Tidak Carum KWSP
Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam
Berikut merupakan contoh surat perletakan jawatan kerja notis 24 jam:
[Alamat Anda]
[Tarikh][Alamat Majikan]
[Tarikh]Tuan/Puan,
Saya ingin memberitahu bahawa saya, [Nama Anda], ingin meletakkan jawatan dari jawatan saya di [Nama Syarikat] dengan serta-merta dalam tempo 24 jam. Sehubungan dengan itu, ini adalah notis surat berhenti 24 jam mengikut syarat-syarat perkhidmatan saya.
Saya ingin menjelaskan bahawa saya akan berusaha untuk menyelesaikan semua tugas dan tanggungjawab saya secepat yang mungkin dalam tempoh notis ini.
Saya menghargai peluang yang diberikan kepada saya untuk bekerja di syarikat ini dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pengalaman yang diperolehi semasa tempoh perkhidmatan saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Anda]
Antara perkara penting yang perlu diletakkan dalam surat perletakan jawatan ini adalah:
- Nama anda dan jawatan
- Tarikh
- Sebab (Tidak wajib)
Sebab berhenti kerja 24 jam
Kadang kala pekerja terpaksa membuat keputusan yang mengejut untuk berhenti kerja dengan notis 24 jam walaupun menyedari risikonya.
Ada pekerja yang mengambil keputusan begini kerana sangat tertekan dengan tekanan di tempat kerja dan risau akan kesihatan mental dirinya.
Ada juga yang menghantar surat berhenti kerja 24 jam kerana majikan baru sudah bersetuju untuk membayarkan pampasan kerana mahukan seseorang pekerja itu menyertai mereka dengan kadar segera.
Diharapkan info surat berhenti kerja 24 jam di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang berguna
Sumber: Surat Berhenti Kerja 24 Jam: Contoh dan Panduan (ecentral.my)