Tempat Menarik Di KL Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tempat Menarik KL yang juga mesra kanak-kanak

Lain: Tempat Menarik Di Perak 2024 Terkini

Tempat Menarik KL

Berikut adalah senarai tempat menarik KL:

Tempat Menarik KL : Petrosains, The Discovery Centre

Petrosains adalah pusat sains interaktif yang terletak di Menara Berkembar Petronas. Di sini, anak-anak anda boleh belajar tentang sains dan teknologi melalui pameran yang menyeronokkan dan interaktif. 

Terdapat pelbagai jenis pameran berkisar dunia minyak & gas sehinggalah keajaiban alam semula jadi dan banyak lagi. Dengan suasana yang mesra kanak-kanak, Petrosains menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik melalui aktiviti praktikal atau hands-on

Lawatan ke Petrosains pasti akan memberikan anak-anak anda inspirasi dan pengetahuan baru dalam dunia sains. Sangat berbaloi!

  • Alamat: Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Petrosains

Aquaria KLCC

Untuk pengalaman luar biasa bersama hidupan marin, jangan lupa singgah ke Aquaria KLCC yang menempatkan lebih daripada 5,000 spesies hidupan laut.

Anak-anak anda boleh melihat pelbagai jenis hidupan marin seperti ikan, termasuklah jerung, pari, penyu, ketam, kuda laut, obor-obor dan sebagainya. 

Salah satu tarikan utamanya adalah terowong bawah air yang panjang. Berada di bawah terowong ini memberikan pengunjung pengalaman seperti berada di dasar laut.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama ikan-ikan yang berenang bebas di dalam terowong kaca tersebut.

Selain itu, terdapat juga pameran interaktif dan sesi memberi makan ikan. Aktiviti sebegini pasti dapat menarik perhatian kanak-kanak dan membuatkan mereka lebih ingin tahu mengenai ekosistem laut.

  • Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, 50088 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Aquaria KLCC

Taman Botani Perdana

Sekiranya ingin membawa anak-anak berinteraksi bersama alam di tengah bandar Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana adalah pilihan yang ideal. Ia menyediakan tempat rekreasi yang menenangkan untuk seisi keluarga.

Taman ini mempunyai pelbagai kawasan tematik seperti taman herba, taman orkid, dan taman rusa. Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, bot dayung, dan sebagainya. Terdapat juga dan taman permainan untuk kanak-kanak. 

Anak-anak juga boleh belajar tentang pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam suasana yang santai dan menyegarkan di taman ini.

Menariknya, taman ini terletak berdekatan dengan beberapa pusat tarikan lain yang ada di Kuala Lumpur seperti Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Memorial Tun Abdul Razak dan Taman Burung Kuala Lumpur. 

Taman Burung Kuala Lumpur

Selain Taman Botani Perdana, satu lagi taman yang menarik berada di tengah-tengah Kuala Lumpur ialah Taman Burung Kuala Lumpur.

Taman Burung Kuala Lumpur adalah taman burung yang terbesar di Asia Tenggara. Ia menempatkan lebih 3,000 burung daripada pelbagai spesies. Taman ini terkenal dengan konsep “free-flight”, di mana burung-burung dibiarkan bebas berkeliaran dalam kawasan yang luas. 

Anak-anak anda boleh melihat pelbagai jenis burung secara dekat dan belajar tentang kehidupan haiwan ini. Terdapat juga aktiviti seperti memberi makan burung dan pertunjukan burung yang akan menambah lagi keseronokan lawatan anda sekeluarga.

Taman Burung Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan keseronokan berinteraksi bersama burung-burung tetapi juga peluang pembelajaran yang berharga tentang biodiversiti dan pemeliharaan haiwan. 

  • Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: KL Bird Park

Tempat Menarik Di KL : Planetarium Negara

Anda boleh luangkan masa untuk pergi ke Planetarium Negara selepas berkunjung ke Taman Botani Perdana atau Taman Burung Kuala Lumpur.

Di Planetarium Negara,  anak-anak anda boleh belajar mengenai astronomi dan sains angkasa denagn suasana yang menarik dan tidak membosankan. Antara tarikan utamanya ialah pameran interaktif, kembara simulasi dan teater angkasa.

Planetarium ini juga sering mengadakan ceramah dan aktiviti berkaitan sains angkasa yang boleh menarik minat kanak-kanak. 

Diharapkan artikel tempat menarik KL di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: 20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!