Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai kesan gigitan pepijat tilam atau gigitan hama. Ketahui kesan gigitan hama dan cara atasinya.
Artikel lain: Cara Nak Kecutkan Buasir Luar
Gigitan Pepijat
Berikut adalah panduan mengenai gigitan pepijat yang dikongsikan oleh artikel asal di hellodoktor.
Kesan Gigitan Pepijat
Pepijat, ataupun nama saintifiknya Cimex lectularius merupakan sejenis binatang yang kecil, berwarna merah kehitaman yang menghisap darah manusia dan juga haiwan. Namun, tahukah anda kesan gigitan pepijat ini?
Pepijat ini mempunyai telur kecil yang berbentuk bujur dan berwarna hitam.
Serangga kecil ini selalunya aktif pada waktu malam dan pandai menyorok dalam gelap. Pepijat sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil.
Jika anda sering alami ruam dan gatal-gatal pada waktu malam, maka tidak salah lagi, ini kesan gigitan pepijat!
Inilah punca ketidakselesaan yang sering anda alami pada waktu tidur!
Pepijat merupakan serangga yang berbahaya. Walaupun ia tidak terbukti lagi boleh membawa penyakit, tapi gigitannya boleh menyebabkan anda tidak lena tidur.
Malah, ruamnya juga menyebabkan anda rasa gatal-gatal sepanjang hari.
Walaupun anda beli tilam baru ataupun basuh cadar setiap hari, belum tentu lagi pepijat ini akan hilang.
Cara Atasi Gigitan Pepijat
Berikut adalah panduan untuk atasi gigitan hama:
Pepijat selalunya tidak boleh menggigit kulit yang berlapik. Jika anda sering gatal-gatal, cuba pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur. Kalau pepijat selalu gigit tapak kaki anda, cuba pakai stoking!
Gunakan semburan serangga
Pastikan anda beli semburan serangga yang bersesuaian. Semburan nyamuk mungkin tidak akan berkesan terhadap pepijat.
Gunakan kelambu
Penggunaan kelambu mungkin dapat mengurangkan gigitan pepijat. Namun, pastikan anda alas tilam terlebih dahulu. Periksa kawasan tidur anda sebelum melelapkan mata.
Apa guna kelambu jika pepijat juga ‘tidur’ di atas katil bersama anda!
Sumber: Hellodoktor