Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia

Bajet 2021 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, 6 November 2020 pada pukul 4.00 petang secara langsung di stesen televisyen serta radio di Malaysia. Dalam artikel ini kami akan kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia.

Permohonan BPN 2.0 Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia (Budget 2021)

Berikut merupakan ringkasan intipati kandungan Bajet 2021 belanjawan Malaysia. Teks rasmi penuh ucapan Belanjawan 2021 boleh didapati di sini.

Tema dan Peruntukan Bajet 2021

Untuk tahun 2021, tema Bajet 2021 adalah “Teguh Kita, Menang Bersama” dan jumlah bajet yang diperuntukkan adalah RM 322.5 Billion, dimana RM 236.5 Billion diperuntukkan untuk belanja mengurus operasi, RM 69 Billion untuk belanja pembangunan dan RM 17 Billion untuk dana Covid-19.

Untuk perbandingan, pada tahun lepas 2020, tema Bajet 2020 adalah “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” dan jumlah peruntukkan sebanyak RM 297 Billion.

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Menggantikan BSH

Isi rumah berpendapatan kurang RM 2,500 menerima RM 1,200 (1 orang anak) atau RM 1,800 (2 orang anak dan lebih).

Isi rumah berpendapatan RM2,501-RM4,000 menerima RM800 (1 orang anak) atau RM1,200 (2 orang anak dan lebih).

Isi rumah berpendapatan kurang RM4,001-RM5,000 menerima RM500 (1 orang anak) atau RM750 (2 orang anak dan lebih).

Individu bujang berpendapatan kurang RM2,500 menerima RM350.

Pengeluaran RM 6000 Wang KWSP Akaun 1

Pencarum dibenarkan mengeluarkan wang KWSP akaun 1 RM500 setiap bulan selama 12 bulan.

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2

Pengeluan dibenarkan untukmembeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP. Cara pengeluaran wang KWSP akaun 2 boleh didapati di sini.

Elaun Khas Covid-19 Barisan Hadapan KKM

Frontliner KKM akan diberikan bayaran one-off sebanyak RM500

Program Baucar Perlindungan Tenang

Golongan B40 akan diberikan baucar RM50 sebagau bantuan kewangan bagi membeli produk Perlindungan Tenang seperti takaful hayat dan kemalangan diri.

Bantuan Kebajikan Bulanan (OKU, Warga Emas, Pesakit Kronik dan Golongan Miskin)

Bantuan OKU tidak berupaya kerja dinaikkan ke RM300 dari RM250. Warga emas, pesakit kronik terlantar dan Bantuan Penjagaan OKU dinaikkan ke RM500 dari RM350. Elaun pekerja OKU dinaikkan ke RM450 dari RM400.

Bantuan kanak-kanak miskin dinaikkan kepada RM150 bagi seorang anak berumur 7-18 tahun atau RM 200 bagi seorang anak berumur enam tahun kebawah  dengan kadar maksimum RM100 bagi setiap keluarga.

Program Jaringan Prihatin (Kredit Telefon Percuma)

Golongan B40 akan menerima bantuan RM180 kredit telefon telekomunikasi.

Bantuan Pembayaran Bersasar  Peminjam B40/M40

Peminjam B40
Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
Pilihan 2: Pengurangan asnuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Peminjam M40
Peminjam perlu membuat pengisytiharan kendiri (self declaration) bagi pengurangan pendapatan untuk mendapat batuan bayaran balik ansuran. Bantuan ini akan bermula pada Disember 2020.

Bonus Penjawat Dan Pesara Awam/ Veteren Tidak Berpencen

Kakitangan awam gred 56 dan ke bawah akan menerima bonus sebanyak RM600. Pesara awam dan veteren awam tidak berpencen akan menerima bonus sebanyak RM 300. Bayaran ini akan dilakukan pada awal 2021.

Kadar Caruman Minimum KWSP Pekerja

Bermula Januari 2021, kadar minimum caruman KWSP pekerja dikurangkan ke 9% selama 12 bulan.

Elaun Mencari Kerja Pekerso

Dilanjutan selama tiga bulan.

Program e-Belia (Kredit Percuma e-Wallet)

Bantuan RM50 melalui e-Wallet/e-Dompet kepada belia berumur 18-20 tahun. Cara untuk mendaftar e-Wallet dan menebus kredit percuma boleh didapati di sini.

Elaun Sara Hidup Nelayan

Elaun dinaikkan kepada RM300 bermula tahun 2021.

Inisiatif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya

Pertama
Pekerja bergaji RM1,500 dan ke atas dinaikkan dari RM800 sebulan kepada 40% gaji bulanan, terhad kepada maksimum RM4,000 sebulan

Kedua
Majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus.

Ketiga
Sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada  gaji bulanan disediakan dengan 40  peratus  disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing.

Keempat
Pekerja yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan  daripada  4,000 kepada 7,000 ringgit bagi menjalani  program  kemahiran tinggi atau sijil profesional.

KPT-PACE

Graduan baharu ditawarkan baucar bernilai RM3,000 untuk mengambil kursus sijil professional di IPTA dan IPTS.

Program Subsidi Upah (PSU)

PSU akan dilanjutkan selama 3 bulan dan lebih bersaasr khususnya kepada sektor terjejas seperti pelancongan mahupun peruncitan dengan kadar bantuan sebanyak RM600 sebulan bag pekerja gaji bawah RM4,000.

Elaun Guru Takmir

Elaun guru takmir dinaikkan kepada RM900 sebulan.

Bayaran Khas RM500 (Memartabatkan Syiar Islam)

Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA.

Bayaran Program Perantisan (Internship)

Insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000  sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu.

Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000  untuk program latihan bagi perantis.

Pelepasan Cukai Pendapatan (Gaya Hidup)

Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan ke RM3,000.

Skim BSN MyRinggit-i COMSIS

Skim pinjaman komputer riba kepada pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN.

Pas Perjalanan Tanpa Had My30

Pas berharga RM30 ini diteruskan dan diperluaskan ke Pulau Pinang dan bandar Kuantan.

Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had RM5

Pas ini diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bermula tahun 2021.

Program SAVE 2.0

Pemberian e-Rebate RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.

Bantuan Pesara Polis (Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara)

Pemberian one-off sebanyak RM500.

Sumber: Mysumber