Berikutan dengan penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19), kerajaan Malaysia semalam (23 Mac 2020) telah memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020. Lihat infografik mengenai pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 di bawah ini.
Klik Sini Untuk Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online Bermula 1 April 2020
Secara ringkasnya;
- Kemudahan pengeluaran i-Lestari
- Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
- Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
- Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
- Untuk tempoh maksimum 12 bulan
- Pendaftaran
- Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
- Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
- Permohonan Pengeluaran
- Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
- Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
- Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook KWSP dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
- Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.
Buat masa sekarang, anda boleh menyemak baki akaun 2 KWSP anda menggunakan laman web i-Akaun atau menerusi aplikasi i-Akaun (Android dan iPhone).
Sumber: KWSP