Resipi Apam Daun Nangka

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi apam daun nangka atau resipi apam daun nangka untuk memudahkan cara buat apam daun nangka dan cara masak apam daun nangka.

Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat

Resipi Apam Daun Nangka

Bahan-Bahan

  • 2 setengah cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu makan yis kering (mauripan)
  • 1 suku cawan air
  • Daun Nangka secukupnya untuk membungkus (boleh juga guna daun rambai atau daun pisang)

Cara Masak Apam Daun Nangka

  1. Cairkan mergerin kemudian sejukkan. Kemudian larutkan gula merah bersama air tapis
  2. Dalam bekas besar, satukan tepung, gula pasir dan yis.
  3. Tuang air gula merah dan sebatikan
  4. Masukkan margerin cair, sebatikan lagi. Perap selama 3 jam
  5. Sapukan sedikit minyak pada daun nangka, bentukkan kon dan pin menggunakan lidi supaya kemas. Pastikan bahagian bawah kon betul-betul rapat supaya adunan tidak bocor
  6. Sudukan 3/4 adunan ke dalam kon dan kukus selama 15 minit
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Sumber: hellokerja.com