Tahukah anda bahawa kini anda boleh gunakan Whatsapp untuk buat video call beramai-ramai seperti google meet dan zoom tanpa memerlukan tetapan yang rumit.
Caranya mudah sekali dengan hanya perlu install Whatsapp dari Microsoft Store di laptop atau komputer, kemudian pilih menu untuk create room dan Copy link untuk hantar dekat murid-murid. Fungsi share screen turut disediakan. Cara buat whatsapp room terperinci adalah seperti di bawah ini.
Bacaan lain: Ini Senarai Aplikasi Paling Banyak Makan Bateri Telefon Anda
Cara Buat Whatsapp Room
Mengikut perkongsian step-by-step dari saudara Naim Azhar menerusi Facebook, anda boleh ‘create room’ untuk mulakan group call.
1. Login ke Whatsapp Web menggunakan laptop menggunakan komputer. Tekan simbol tiga titik bertindih dan pilih ‘Create a Room’.
2. Satu popup akan keluar untuk anda sambungkan Whatsapp dengan Facebook Messenger. Klik ‘Continue in Messenger’ untuk teruskan.
3. Daftar masuk akaun Facebook dan klik ‘Teruskan’.
4. Sahkan akaun Facebook anda.
5. Tekan ‘Done’.
6. Klik ‘Try It’.
7. Tekan ‘Create Room as ‘{Nama Facebook}’
8. Klik pada tetapan yang anda inginkan sama ada ‘Use Camera and Microphone’ atau ‘Use Microphone Only’. Anda juga boleh ubah tetapan kemudian.
9. Untuk memasukkan peserta group call, copy link di bahagian kanan dan forward kepada peserta yang anda ingin jemput dalam group call.
Orang yang ‘join’ group call boleh sertai menggunakan handphone seperti biasa tanpa memerlukan akaun khas. Anda juga boleh kongsikan link seperti mana Google Meet yang biasa anda gunakan.
Kelebihan Whatsapp Room
Apa yang menariknya, kebanyakan Telco menawarkan data percuma untuk aplikasi Whatsapp dan Facebook. Jadi, anda boleh jimat dengan lebih banyak lagi untuk berhubung.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Whatsapp Room untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Caranya cukup ringkas dan mudah untuk digunakan.