Ahli Gusti Nor “Phoenix” Diana Antara 12 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes “30 Under 30 Asia” Tahun 2020

Baru-baru ini Forbes Asia dalam edisi April 2020 telah mengeluarkan senarai 30 orang berpengaruh yang berumur bawah 30 di Asia (“30 Under 30 Asia“) untuk tahun 2020. Apa yang membanggakan, 12 orang rakyat Malaysia turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Forbes Asia 2020 30 Under 30
Muka depan Forbes Asia edisi April 2020. Gambar: Malaymail

Yang menarik perhatian adalah ahli gusti profesional wanita berhijab pertama di dunia yang berasal dari Malaysia iaitu Nor “Phoenix” Diana. Bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam sukan tersebut, Forbes Asia turut meletakkan beliau bersama beberapa orang yang lain di muka depan Forbes Asia edisi April 2020.

Nor Phoenix Diana Ahli Gusti Profesional
Nor “Phoenix” Diana. Gambar: Mukhriz Hazim

Beliau mula meraih perhatian di seluruh dunia setelah menjadi wanita pertama yang memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) pada Julai tahun lepas, setelah mengalahkan lima orang ahli gusti lelaki. Dalam senarai Forbes Asia, beliau diletakkan di dalam kategori “Entertainment and Sports”. Nama gelaran “Phoenix” diberikan oleh jurulatih beliau kerana sifat beliau yang tidak pernah berputus asa.

11 orang rakyat Malaysia lain yang turut tersenarai adalah:

  1. Zac Liew, pengasas bersama di Curlec
  2. Wei Xiang (Jason) Ooi, pengasas di Agrain
  3. Lennise Ng dan Aizat Raim, pengasas bersama di Dropee
  4. Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, pengasas bersama di Baituljannah
  5. Adrian Hia, pengarah pelaburan di Kairous Capital
  6. Arif Tukiman, pengasas bersama di RunCloud
  7. Ashiwin Vadiveloo, penyelidik di Algae R&D Centre, Murdoch University
  8. Joshua Smith, ketua pegawai teknologi di MyPay
  9. Jevin Singh dan Mohamed Afzal, pengasas bersama di RAGE Coffee
  10. Yi Hern Chang, pengasas di JomRun

Sumber: Malaymail

Leave a Comment