Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan mengenai cara elak hamil mudah bagi suami isteri yang belum bersedia.
Tips kesihatan lain: Ini Tanda & Punca Kenapa Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki
Cara Elak Hamil
Berikut merupakan cara-cara untuk elak hamil atau cara elak hamil cara tradisional yang boleh diamalkan.
Memakai Kondom Atau Sarung Getah
Kondom atau sarung getah merupakan salah satu alat pencegah kehamilan atau cara elak hamil. Kondom juga berkesan mencegah penyakit bawaan seksual (STD) seperti AIDS dan Siflis.
Apa fungsi kondom? Kondom ini berfungsi untuk menampung dan menghalang air mani daripada memasuki faraj. Dengan memakai kondom merupakan salah satu cara yang diyakini untuk elak hamil kerana ia telah diuji secara saintifik dan selamat digunakan.
Anda juga masih boleh merasakan kenikmatan ketika bersama tanpa perlu rasa risau.
Makan Pil Pencegah Kehamilan
Isteri juga boleh mengambil pil pencegah kehamilan sebagai salah satu cara elak hamil yang mudah, jimat masa dan tenaga. Pengambilan pil cegah hamil ini mesti diambil secara konsisten untuk mengelakkan risiko hamil.
Sebelum anda ingin mengambil pil cegah hamil ini, eloklah anda pergi ke mana-mana klinik atau hospital untuk mendapat nasihat doktor sebagai langkah keselamatan.
Elak Hubungan Intim Semasa Hari Ovulasi Isteri
Penting untuk anda sebagai pasangan suami isteri untuk peka dengan hari di mana perempuan biasanya akan terjadi Ovulasi kebiasaannya 3 hingga 5 hari setelah haid.
Ada juga sesetengah perempuan yang mengalami proses Ovulasi 14 hari selepas haid. Hari di mana berlakunya proses Ovulasi ini adalah waktu yang subur untuk hamil.
Elakkan Ejakulasi Ke Dalam Kemaluan Isteri (Pancut Dalam)
Salah satu cara untuk elak hamil yang sangat berkesan adalah jangan pancut air mani ke dalam faraj isteri atau secara ringkas jangan pancut dalam. Ianya merupakan cara yang sangat mudah tanpa perlu menggunakan apa-apa alatan atau pengambilan ubat-ubatan.
Anda hanya perlu lakukan proses ejakulasi di luar faraj isteri ketika melakukan hubungan intim. Ini adalah untuk mengelakkan sperma dari bergabung dengan sel yang membentuk telur.
Isteri Pakai Alat Perancang Keluarga
Alat perancang keluarga IUD adalah alat yang paling kerap digunakan untuk isteri yang ingin merancang atau mencegah kehamilan mereka. Kelebihan memakai alat IUD ini adalah sesuai untuk anda yang tidak ada masa atau lupa untuk makan pil cegah hamil secara konsisten tetapi mahu mencegah kehamilan.
Alat ini akan dipasang di dalam rahim. Ia berbentuk T dan diperbuat daripada plastik. Alat ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Ia mampu berfungsi selama 5 tahun dan memerlukan pantauan khusus dari doktor kerana alat ini berisiko untuk terkena jangkitan.
Sumber: Therohani