Cara Jaga Bateri Phone Dan Cara Mengecas Telefon Dengan Betul

Salah satu masalah besar bila anda menggunakan telefon lebih-lebih lagi telefon jenis smartphone adalah masalah bateri phone cepat habis. Semakin lama phone itu digunakan menjadikan bateri phone habis cepat. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsikan cara jaga bateri phone anda dan cara mengecas telefon dengan betul untuk jaga kesihatan bateri.

Apple iPhone 12, 12 Mini, 12 Pro Dan 12 Pro Max Dilancarkan

cara mengecas telefon

Cara Jaga Bateri Phone

Berikut adalah perkara asas yang anda perlu lakukan secara berterusan untuk jaga kesihatan bateri phone anda.

Mengecas Phone Dengan Lebih Kerap

Seringkali kita dengar khabar angin bahawa dengan mengecas phone hanya selepas bateri phone tersebut habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul pada suatu masa dulu, tetapi berbeza dengan situasi hari ini.

Hal ini kerana bateri sekarang iaitu jenis lithium-ion dan lithium polymer yang digunakan pada kebanyakkan phone tidak mempunyai efek memori. Anda tidak lagi perlu menunggu phone kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.

Jangan Mengecas Phone Sepanjang Masa

Pada zaman kini, mengecas phone dengan tempoh yang terlalu lama tidak lagi menjadi masalah. Ianya disebabkan oleh phone sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.

Namun begitu, ianya tidak bermaksud anda boleh terus menerus mengecas phone anda tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri phone berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.

Untuk keputusan yang terbaik, cuba untuk kekalkan bateri phone anda pada tahap 40% hingga 80% untuk jaga kesihatan bateri telefon anda.

elak bateri phone rosak

Tanggalkan Case Phone Ketika Mengecas Phone

Digalakkan untuk anda menanggalkan case phone anda ketika phone sedang dicas untuk memastikan suhu bateri phone tidak meningkat terlalu tinggi akibat terperangkap oleh case phone.

Elakkan Phone Terdedah Pada Suhu Terlalu Tinggi Atau Rendah

Elakkan phone anda terdedah pada suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuasa panas, jangan sesekali letakkan phone anda di raga motorsikal.

Hal ini kerana suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan pada bateri phone, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri phone juga gagal bergunsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dahulu pada waktu pagi. Jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan phone semasa di luar bangunan.

Gunakan Charger Original Sahaja

Sebaiknya anda gunakan charger phone yang datang sekali dengan phone tersebut kerana sudah pasti charger itu mengikut spesifikasi bateri phone pengguna yang telah ditetapkan oleh pembuat phone tersebut. Kalau tetap hendak gunakan charger pihak ketiga, pastikan anda membeli charger yang berkualiti tinggi dan sedikit mahal.

jaga kesihatan bateri

Elakkan Fast Charging

Banyak phone baru pada masa kini menyokong teknologi fast charging. Teknologi ini membolehkan anda untuk cas bateri phone dari 0% ke 100% dalam masa yang amat singkat. Walaupun ianya menjimatkan masa, tetapi sebenarnya ia tidak beberapa bagus untuk bateri phone anda.

Apabila fast charging aktif, bateri akan menerima voltage dan current yang lebih tinggi dari baisa. Ini akan menyebabkan suhu bateri cepat panas. Suhu yang terlampau tinggi tidak bagus untuk bateri phone anda dan ianya akan mengurangkan jangka hayat bateri phone anda dengan cepat.

Sumber: Wiser.my