Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai chia seed kebaikan untuk kesihatan.
Artikel menarik lain: Senarai Makanan Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan
Chia Seed
Apa itu Chia Seed
Ia adalah biji hitam kecil terhasil daripada tumbuhan Salvia hispanica, sebahagian daripada keluarga “mint” yang berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Lagenda mengatakan yang puak Aztecs dan Maya menggunakan benih chia sebagai sumber tenaga.
Chia Seed In Malay
Chia seed in malay atau chia seed dalam bahasa melayu adalah biji chia.
Kebaikan Chia Seed
Berikut adalah kebaikan chia seed untuk makluman anda
Chia Seed Kebaikan
Menurunkan Berat Badan
Dengan pengambilan chia seed sebanyak 25 hingga 38 gram sehari dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Kandungan tryptophan dalam chia seed pula membantu melancarkan sistem pencernaan dan melangsingkan tubuh.
Mencegah Sembelit
Chia seed boleh merawat sembelit kerana kandungan serat tidak larut yang terkandung di dalamnya. Bahagian luar biji chia seed yang terdiri daripada polisakarida non-pati (NSP) yang mudah larut dalam air akan mengembang dan berubah menjadi seperti jeli sehingga dapat membantu pencernaan dan memudahkan pembuangan air besar.
Mengawal Kencing Manis
Chia seed merupakan salah satu rawatan semula jadi yang mudah dan efektif untuk pesakit diabetes tahap 2. Ini berikutan keupayaan chia seed untuk melambatkan pencernaan dikaitkan dengan pencegahan diabetes. Chia seed dapat membantu menstabilkan gula dan melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkana pada lemak perut.
Melawan Kanser
Ada laporan perubatan menyatakan chia seed turut berkhasiat dalam memerangi kanser. Minyak chia seed juga memiliki sifat antikanser yang dikenalpasti dapat mengurangkan pertumbuhan tumor.
Menurukan Tahap Kolestrol
Kandungan dalam chia aseed berupaya menurunkan kolestrol dalam darah dan mencegah penyakit jantung koroner.
Meningkatkan Kesuburan
Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa chia seed mampu meningkatkan kadar kesuburan lelaki.
Membantu Memperbaiki Kesihatan Kardiovaskular
Kajian mendapati kandungan dalam chia seed dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah penyakit yang berhubungan dengan jantung.
Meningkatkan Tenaga Dan Metabolisme
Kandungan dalam chia seed turut mampu membuatkan anda lebih bertenaga seperti laporan yang diterbitkan berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
Sumber: Therohani