Bagi yang baru habis belajar atau yang sedang mencari pekerjaan baru, resume dan CV amatlah penting sebagai dokumen untuk memohon pekerjaan di mana-mana syarikat. Dengan menyediakan contoh resume terbaik kepada syarikat yang dipohon dapat memberikan first impression kepada bakal majikan sebelum anda dipanggil untuk sesi temuduga.
Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu.
Selain resume, ada sesetengah bakal majikan merlukan dokumen lain seperti curriculum vitae atau CV. Amatlah penting bagi anda terutamanya kepada graduan universiti dan kolej untuk mengetahui perbezaan resume dan CV bagi mengelakkan kesilapan sewaktu memohon pekerjaan sama ada di syarikat swasta ataupun dalam kerajaan.
Mula berniaga online dengan Shopee menerusi Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee 2020 Terkini
Contoh Resume CV Terbaik
Kami akan menjelaskan cara untuk menyediakan contoh resume terbaik dan contoh curriculum vitae cv di bawah ini.
Beza Resume Dan CV
Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:
Resume | CV (Curiculum vitae) |
Satu muka surat | Dua atau tiga muka surat |
Tiada format tetap | Terdapat format yang perlu diikuti |
Gambar digalakkan | Tidak perlu untuk sertakan gambar |
Maklumat yang berkaitan jawatan sahaja | Maklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan |
Tidak perlu Cover Letter | Perlu sertakan Cover Letter |
Ciri-Ciri Resume Terbaik
Berikut dikongsikan ciri-ciri resume terbaik yang mampu menarik minat majikan terhadap pencari kerja:
- Hanya satu (1) mukasurat
- Meletakkan gambar yang profesional
- Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email
- Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
- Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
- Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12
Tips Resume Terbaik
Untuk menghasilkan resume terbaik, anda boleh ikuti tips extra berikut dari kami:
- Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
- Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
- Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume
Download Contoh Template Resume Format Terkini 2020
Dibawah ini kami sediakan contoh pertama template resume terkini percuma untuk anda download dan edit dengan mudah menggunakan Microsoft Word.
Manakala berikut adalah contoh kedua template resume ringkas percuma untuk anda download dan edit menerusi Microsoft Word.
Download Contoh Template CV Format Terkini 2020
Berikut adalah contoh template CV ringkas percuma untuk anda download dan edit menerusi Microsoft Word.