Ikan Lumba-Lumba Honey Mati Di Dalam Akuarium Setelah Ditinggalkan Keseorangan Selama Dua Tahun

Pada 29 Mac 2020, seekor ikan lumba-lumba yang diberi nama Honey telah mati di dalam akuarium kecil di Inubosaki Marine Park Aquarium, Choshi, Tokyo setelah dua tahun ditinggalkan keseorangan di situ. Di Google Map, anda masih lagi boleh melihat Honey terapung keseorangan dalam kolam tersebut.

Honey mula popular sekitar tahun Januari 2018 di mana kisah dia bersama dengan 46 penguin lain telah ditinggalkan setelah Inubosaki Marine Park Aquarium ditutup kerana kekurangan pelawat selepas berlakunya gempa bumi dan krisis nuklear di Fukushima.

Inubosaki Marine Park Aquarium, Japan. Sumber: Dolphin Project

Bekas pekerja tempat tersebut diupah untuk terus memberikan makanan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di situ sehinggalah pada satu tahap tiada lagi pemberian makanan diberikan. Air di dalam akuarium juga tidak diganti sampailah sekarang.

Kematian Honey ini telah dilaporkan oleh persatuan perlindungan dan penyelamat haiwan yang berpangkalan di US iaitu Dolphin Project. Menurut mereka, usaha untuk menyelamatkan Honey berserta haiwan-haiwan lain di situ telah beberapa kali dilakukan, namun menemui jalan kegagalan.

Sumber: Dolphin Project

Leave a Comment