Pemilik Lamborghini Langgar Viva Ibu Tunggal, Beli Myvi Sebagai Ganti

Baru-baru ini, satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Azman Nor menyatakan bahawa satu kereta Perodua Viva milik seorang ibu tunggal telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta Lamborghini.

Keadaan kereta Viva tersebut sangat teruk kerana dilangar dari belakang dengan Lamborghini yang dipandu laju di sekitar Petaling Jaya semalam. Kemalangan berlaku apabila pemandu Lamborghini tersebut dalam cubaan memotong kereta Viva yang pada ketika itu cuba untuk membelok ke kanan di sebuah simpang tiga. Seorang perngguna Facebook lain bernama Xiiao Yong berkongsikan video rakaman dashboard ketika kemalangan berlaku.

Nasib baik kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecedaraan. Pemilik kereta Viva tersebut dipercayai melakukan perniagaan penghantaran makanan masak dari rumah. Pada waktu insiden tersebut, adiknya dikatakan sedang memandu kereta tersebut.

Setelah kejadian tersebut, pemilik Lamborghini bertindak untuk menggantikan kereta yan dilanggar dengan sebuah kereta lain, iaitu Perodua Myvi supaya ibu tunggal tersebut tidak kehilangan punca pendapatan akibat kerosakan kereta yang sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

Lamborghini
Sumber: Azman Nor

Netizen mula membanjiri perkongsian Azman Nor pada bahagian komen dengan memuji tindakan yang diambil oleh pemilik Lamborghini itu.

Sumber: Azman Nor, Borak Daily, Rencah, Paul Tan

Leave a Comment