Perlukah Kucing Untuk Dimandikan?

Kucing menghabiskan kebanyakkan masanya dalam sehari hanya untuk menjilat dan membersihkan badannya. Ini menjadikan kucing antara haiwan paling pembersih. Tidak semua baka kucing di dunia ini sukakan air. Kebanyakkan kucing akan berlari untuk mengelakkan dirinya dari terkena air walaupun hanya percikan air.

Maka timbul satu persoalan di mana perlukah kucing untuk dimandikan? Kebanyakkan veterinar memberi teori bahawa sebernanya kucing tidak perlu dimandikan dengan kerap lebih-lebih lagi pada kucing yang kelihatan bersih dan sihat. Ini adalah kerana bulu kucing mempunyai minyak khas dan sekiranya kucing dimandikan dengan kerap, ianya akan menganggu penghasilan minyak tersebut.

Tambahan pula, apabila disimbah dengan air, kucing akan kelihatan traumatik dan sudah pasti kita tidak mahu untuk menakutkan kucing kita. Namun begitu, lain pula kes untuk kucing yang sudah terlalu tua, kucing yang sedang sakit, atau pada kucing jalanan yang hendak dibela dimana anda digalakkan untuk memandikan dan membersihkan mereka untuk membuang kutu dan kotoran.

Sumber: The Mamamiaow

Leave a Comment