Resepi Donut Big Apple

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi donut big apple atau resipi donut big apple yang gebu dan sedap tapi dapat jimatkan duit anda. Resepi donut big apple yang lembut, gebu, rangup, lazat sekarang bukanlah rahsia lagi.

Dengan perkongsian yang diberikan oleh ‎Puteri Noraishah di laman Facebook.‎ Anda boleh mencipta donut rasa restaurant yang lebih berbaloi tentunya.

Artikel lain: Resepi Cempedak Goreng Rangup

Resepi Donut Big Apple

Berikut adalah resipi donut big apple yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Resepi Donut Big Apple (Gebu, Lembut dan Lazat) – Bidadari.My

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 paket mauripan,
  • Secubit garam,
  • 1/2 kg tepung gandum/high protein/superfine,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu besar ovallate,
  • 2 sudu besar susu tepung,
  • 1/2 sudu kecil baking powder,

Cara Buat Donut Big Apple

  1. Untuk membuat doh, mula-mula campurkan air suam, gula, susu pekat, mauripan dan secubit garam.
  2. Doh dikacau sebati dan diperap selama 10 minit sehingga berbuih.
  3. Dalam bekas lain, sebatikan tepung gandum dengan butter, ovallate, susu tepung dan baking powder.
  4. Kemudian campurkan bahan air tadi ke dalam tepung dan uli sehingga jadi doh. Uli sekejap saja yang penting bahan sebati.
  5. Lalu tutup dengan kain basah hingga 30 minit. Tutup sehingga doh naik.
  6. Jika doh sudah naik, boleh dibentuk.
  7. Tunggu naik dulu baru goreng dengan api sederhana. Yang penting minyak kena panas betul. Siap.

Sumber: Resepi Donut Big Apple (Gebu, Lembut dan Lazat) – Bidadari.My