Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi kuih abok abok sagu atau resipi kuih abok abok sagu untuk memudahkan cara buat kuih abok abok sagu dan cara masak kuih abok abok sagu.
Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat
Isi Kandungan
Tunjuk
Resipi Kuih Abok Abok Sagu
Bahan-Bahan
- 2 cawan sagu
- Setengah kelapa parut
- 1 sudu teh garam
- 4 keping gula melaka (boleh ganti dengan gula merah)
- Daun pisang dilayur secukupnya
Cara Masak Kuih Abok Abok Sagu
Cara buat kuih abok abok sagu adalah seperti berikut:
- Basuh sagu, toskan. Gula melaka juga dicincang halus dan diketepikan
- Gaul sagu, kelapa parut dan garam hingga rata
- Ambil daun pisang dan bentukkan menjadi kelongsong (seperti kon)
- Masukkan 2 sudu makan campuran sagu ke dalam kelongsong
- Masukkan pula 1 sudu makan gula melaka yang dicincang halus tadi
- Kemudian masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong
- Kemaskan kelongsong dan kukus kuih selama 15 minit
- Bila cukup masa memasaknya, angkat dan sedia untuk dinikmati
Sumber: hellokerja.com