Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi kuih cara berlauk atau resipi kuih cara berlauk untuk memudahkan cara buat kuih cara berlauk dan cara masak kuih cara berlauk.
Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat
Isi Kandungan
Tunjuk
Resipi Kuih Cara Berlauk
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan
- 1 biji telur gred A
- Sedikit pewarna kuning
- Sedikit garam
Bahan-Bahan Inti
- 1 cawan isi udang (dicincang)
- 1 biji ubi kentang (potong dadu)
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- Garam secukup rasa
- Daun bawang/daun sup dan cili merah (dihiris halus)
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
Cara Masak Kuih Cara Berlauk
Cara buat kuih cara berlauk adalah seperti berikut:
- Satukan kesemua bahan dan kisar hingga sebati
- Panaskan acuan di atas dapur gas dan sapukan sedikit minyak
- Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Sudukan inti, tabur hirisan cili merah dan sedikit daun sup atau daun bawang
- Tutup acuan menggunakan penutup bersesuaian dan biarkan kuih Cara masak
- Siap untuk dihidangkan
Cara Masak Bahan Inti
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. Tumis hingga masak
- Tambahkan ubi kentang dan juga udang. Masukkan sedikit air dan masak hingga kering
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan
Sumber: hellokerja.com