Resipi Puteri Ayu Cheese Coklat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi puteri ayu cheese coklat atau resipi puteri ayu cheese coklat untuk memudahkan cara buat puteri ayu cheese coklat dan cara masak puteri ayu cheese coklat.

Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat

Resipi Puteri Ayu Cheese Coklat

Bahan-Bahan

Bahan A (Ayak)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

Bahan C

  • 4 biji telur (kisar)

Bahan Keju

  • 250g krim keju
  • 80g gula kastor
  • 25ml susu cair (boleh juga guna air)
  • 40g tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara Masak Puteri Ayu Cheese Coklat

  1. Satukan semua bahan B. Masak guna api perlahan hingga gula larut
  2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Selang selitkan dengan bahan C
  3. Sebatikan adunan hingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan-bahan keju. Adun hingga sebati dan masukkan ke dalam piping beg
  5. Ambil acuan kuih Puteri Ayu, oles dengan sedikit minyak. Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk kekusan hingga mendidih
  6. Paipkan adunan ke dalam acuan. Ketebalannya bergantung pada cita rasa masing-masing. 
  7. Kukus adunan keju selama 3 minit. Angkat
  8. Kemudian tuang adunan coklat hingga para 3/4 acuan. Kukus selama 5-10 minit
  9. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidang

Sumber: hellokerja.com