Semakan Keputusan STPM 2020 Mulai 1 Julai 2021

Telah dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021. Calon-calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari dengan cara semak keputusan STPM seperti dibawah ini.

Tips Lain: Sijil Peperiksaan Rasmi Hilang? Dapatkan Semula Secara Walk In Atau Pos Dengan Mudah

keputusan stpm
keputusan stpm

Keputusan STPM 2020

Cara Semak Keputusan STPM 2021

Terdapat 4 kaedah untuk calon menyemak keputusan STPM 2021 yang bakal diumumkan.

Semak Keputusan STPM Online

Pertama, semakan keputusan penuh boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

Semakan boleh dibuat mulai 1 Julai 2021 pada jam 12 tengah hari.

keputusan stpm

Semak Keputusan STPM SMS

Ringkasan keputusan STPM boleh disemak menerusi perkhidmatan SMS. Untuk semakan SMS, sila taip:

STPM <jarak> No.KP <jarak> Angka Giliran

dan hantar ke 68886. Semakan keputusan STPM melalui SMS boleh dibuat mulai 11 pagi pada 1 hingga 9 Julai.

Semak Keputusan STPM Emel

Keputusan calon juga akan dihantar MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi (bagi calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM).

Semak Keputusan STPM Manual

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, MPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengenal pasti mereka dan memaklumkan kaedah sesuai mendapatkan keputusan berkenaan.

Maklumat Lanjut Keputusan STPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semakan STPM, sila rujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan https://www.mpm.edu.my/en/

ATAU

Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03-6126 1600 
Faks : 03-6136 1488
E-mel : ppa[at]mpm.edu.my

Sumber: Harian Post