Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Contoh Ulasan Guru Untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dikongsikan oleh laman Contoh Ulasan Guru Untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) (ecentral.my)
Menarik : Contoh Soalan PKSK & Jawapan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD ini berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD pada dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011 sebelum dijenamakan semula kepada PBD pada tahun 2016.
Kaedah Pelaksanaan PBD
PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
- Pemerhatian
- Penulisan
- Lisan
- Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Mata Pelajaran Terlibat
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM terlibat untuk pelaporan dan ulasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Berikut adalah tahap pentaksiran PBD
- TP1 – Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.
- TP2 – Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
- TP3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
- TP4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
- TP5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
- TP6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali : Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Contoh Ulasan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Berikut merupakan beberapa contoh ulasan dan pelaporan bagi Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid berlainan tahap – berpencapaian rendah, sederhana dan cemerlang.
Ulasan murid berpencapaian cemerlang
- Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
- Tahniah atas kecemerlangan. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
- Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
Ulasan murid berpencapaian sederhana
- Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
- Berpotensi untuk memcatat kejayaan lebih cemerlang. berusahalah untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.
- Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
Ulasan murid berpencapaian rendah
- Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
- Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pelajaran di dalam kelas.
- Anda mampu meningkatkan pencapaian dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
Sumber: Contoh Ulasan Guru Untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) (ecentral.my)