Resipi Choco Jar & Cara Buat Choco Jar

Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat berkaitan choco jar atau chocojar seperti resipi choco jar & cara buat choco jar dengan mudah supaya choco jar rangup, leleh dan sentiasa cair.

Resepi menarik lain: Koleksi Resepi Air Balang Viral 2022 Paling Laris

Choco Jar

Berikut adalah panduan choco jar yang dikongsikan dari myresepi.

Resipi Choco Jar Mudah

Bahan-bahan

  • 1kg milk chocolate coin Beryl’s
  • Coklat Cadbury (perisa pilihan)
  • 250g – 300g minyak Canola
  • 500g bubble rice
  • 500g mini coco crunch

Cara Buat Choco Jar

  1. Double boil coklat coin, coklat dan minyak canola (jika nak cair boleh lebihkan minyak, nak pekat kurangkan minyak).
  2. Sangai bubble rice dan mini coco crunch dalam api perlahan selama 5-10 minit.
  3. Biarkan semua sejuk, boleh dicampurkan dan gaul sekata.

Tips: 

  1. Pakai minyak canola untuk mengelakkan rasa muak.
  2. Tunggu semua bahan sejuk baru gaul untuk mengelakkan lemau.
  3. Tambah coklat Cadbury untuk lagi sedap.

Sumber: Effa Samat di Masak Apa Hari Ni

Resepi Chocojar / Chocorice / Bubble Rice Melting

Bahan-bahan

  • 250 g milk chocolate compound (coins/block)
  • 50g minyak masak/ minyak jagung
  • Bubble rice

Cara Buat Chocojar

  1. Sangai bubble rice terlebih dahulu (api perlahan).
  2. Semasa sangai, ambil satu untuk rasa sama ada sudah rangup atau tidak. Jika sudah rangup boleh tutup api.
  3. Biarkan suam-suam sejuk, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  4. Panaskan air ke dalam periuk untuk kaedah double boil (api sederhana)
  5. Masukkan milk chocolate compound, kacau sehingga cair dan jangan tinggal.
  6. Masukkan minyak masak perlahan-lahan.
  7. Selepas sebati, boleh tutup api.
  8. Biarkan coklat suam-suam sejuk, baru tuang ke atas bubble rice.
  9. Boleh hias dengan topping pilihan.

Tips:

  1. Kalau tak suka manis, boleh tukarkan kepada 100gm dark compound dan 150g milk compound.
  2. Elakkan menggunakan puffed rice.
  3. Jangan gunakan coklat masakan.
  4. Tunggu sehingga sejuk, baru tutup bekas dan pastikan menggunakan bekas kedap udara.
  5. Tidak perlu letak di dalam peti ais.
  6. Jangan campur apa-apa bahan yang dikategorikan air kerana bubble rice akan cepat lemau dan coklat akan rosak.

Sumber: Eka Azzahra dari Masak Apa Hari Ni