Kali ini kami akan kongsikan resipi roti sardin goreng yang boleh anda bekalkan sebagai bekalan makanan untuk anak-anak atau keluarga pada bila-bila masa.
Resipi lain: Resepi Ayam Goreng McD Mudah Untuk Disediakan
Isi Kandungan
Tunjuk
Resipi Roti Sardin Goreng
Bahan-Bahan Roti Sardin Goreng
- 1 cawan tepung gandum
- secukupnya roti buku putih
- secubit garam
- 1 biji bawang besar
- secukupnya jus lemon
- 2-3 sudu besar tepung jagung
- 4 batang cili padi
- 1 tin kecil sardin
- sedikit pewarna kuning
- secukupnya minyak masak
- secukupnya air
Cara Masak Roti Sardin Goreng
Berikut adalah cara buat roti sardin goreng.
Inti Sardin
- Bawang besar dicincang.
cili padi seberapa byk hampa nak buh n potong ikut suka nak mcm mana. - Kemudian, potong cili padi. Cili padi boleh letak seberapa yang anda suka mengikut kepedasan masing-masing.
- Sardin/mackerel (beserta sos) dilenyek dan dicampurkan sekali dengan bawang cincang dan potongan cili padi tadi.
- Kemudian masukkan secubit garam dan perahan lemon atau limau nipis untuk kurangkan bau hanyir.
- Kemudian gaul sebati semua bahan.
Bancuhan Tepung
- Pukulkan terlebih dahulu telur sehingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan air secukupnya..
- Kacau rata kesemua bahan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak juga terlalu cair.
- Akhir sekali campurkan sedikit pewarna kuning makanan atau serbuk kunyit. Dan kacau sehingga sebati kesemuanya.
- Untuk roti pula, potongkan sekeping roti berbentuk tiga segi. Boleh juga potong bentuk lain, ikut kepada kretiviti masing-masing.
- Kemudian bolehlah disapukan roti tiga segi itu dengan inti sardin. Roti terlebih dahulu, kemudian sapukan isi sardin selepas itu tutupkan dengan sekeping roti lagi.
- Bila sudah siap penyedian roti sardin, pastikan anda lenyek terlebih dahulu tepi roti supaya tidak tertanggal semasa proses menggoreng nanti.
- Kemudian gaulkan roti sardin itu ke dalam bancuhan tepung tadi. Ratakan keseluruhan roti termasuklah bahagian tepi roti itu.
- Kemudian bolehlah menggoreng roti sardin sehingga keemasan.
Sumber: Harian Post